TaHaJJuD CiNtA

Wednesday, July 29, 2009

SeLaMatkAh MaLaYsiA

Hari ini pi kelas psikilogi kesihatan.. bila Dr. Affandy masuk jer kelas dia tanya soalan.. “anda rasa selamat ke berada di Malaysia???”… tiba-tiba aku pun terfikir jugak selamat ke berada di Malaysia sekarang.. satu demi satu kupasan yang dikeluarkan oleh Dr. Affandy menunjukkan Malaysia tidak akan selamat lagi kalau perkara itu terus berlaku… salah satu darinya adalah perpaduan..kalau kita tak menjaga perpaduan dengan sebaik mungkin Malaysia tidak akan lagi aman.. cuba kita singkap zaman era pasca merdeka, semua bangsa bersatu dalam mendapatkan kemerdekaan hingga sanggup memberi emas, duit dan berbagai-bagai lagi untuk Tuanku Abdul Rahman berangkat ke London.. tapi kini apa yang berlaku adalah mereka akan bertanya apa yang kerajaan mampu beri kepada mereka. Sikap inikah yang terkandung dalam LIMA RUKUN NEGARA MALAYSIA.. entahlah sekarang sudah berani mempersoalkan apa yang mereka dapat kalau memilih kerajaan atau bersama dengan kerajaan. Kita teruskan lagi dengan masalah yang mampu menggugat keamanan di Malaysia, rakyat sekrang tidak lagi percaya dengan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.. cuba kita lihat dengan kes yang baru-baru ini berlaku kes kematian Beng Hock belum selesai lagi polis membuat penyiasatan terperinci telah bagai spekulasi yang timbul menuding jari kepada pihak tertentu.. dan ini boleh mengganggu siasatan polis. Spekulasi-spekulasi diatas tuduhan yang dilemparkan itu boleh menyebabkan beberapa pihak tersinggung dan ini akan mencetuskan perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu juga, kita dapat lihat Raja/Sultan tidak lagi dihormati seperti dahulu dimana rakyat sanggup menggadai nyawa demi raja atau sultannya. Cuba kita lihat sanggup seorang rakyat tidur diatas jalan raya untuk menghalang kereta sultan lalu ingin menunjukkan tanda bantahan atau protes di atas keputusan yang telah melucutkan jawatan menteri besar. Di manakah letaknya frasa atau makna bagi Rukun Negara yang Ke-2, Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Tidak cukup dengan semua itu sekarang ahli politik sudah mempunyai persatuan kongsi gelap sendiri demi menjaga kepentingan peribadi mereka dalam melebarkan legasi mereka dalam arena politik Malaysia. Ini menunjukkan ahli politik zaman sekrang bukan lagi ingin membela nasib rakyat atau penduduk kawasan mereka. Ini amat menyedihkan kita, rakyat tidak lagi dihiraukan.. adakah matlamat PM Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib akan tercapai iaitu 1MALAYSIA. Mungkin pandangan beliau adalah benar rakyat perlu didahulukan.

Saya rasa cukuplah sampai disini saya mencoretkan rasa yang terpendam di dalam hati kecil saya untuk tatapan semua. Saya mengkritik bukan untk menjatuhkan sesiapa tapi untuk renungan kita semua mahukah kita lihat keamanan yang ada sekarang akan tergadai begitu saja.. mahukah kita lihat saudara kita dibunuh dengan begitu mudah dihadapan kita. Mahukah kita rasa tempat yang selalu kita melepak atau bersuka ria tidak lagi selamat menjadi tempat pembunuhan.. semua itu adalah kita yang menentukan….

Salam sayang,

Sutramaya_aimann

Sunday, July 26, 2009

BiNtaNg YanG MenYinAr

Hilangnya satu bintang yang ternilai buat Negara… Al-Fatihah buat Yasmin Ahmad..bila kita tonton filem-filem hasil karya beliau memang akan kagum beliau menggarapkan nilai perpaduan dengan cukup rencah..biarpun pelbagai kontroversi yang timbul namun beliau tidak cepat melatah beliau orang yang cukup tenang dalam menjawab segala soalan yang timbul..bermula dengan filem Gubra, diikuti dengan Sepet, Talentime, Mukhsin dan pelbagai iklan petronas yang menyentuh hati kecil kita bila ditayangkan.. bagi saya kehilangan beliau tiada gantinya kerana beliau seorang yang berani mengeluarkan karya-karya filem yang membuka mata kita. Kali pertama berjumpa Yasmin Ahmad pada awal tahun ini adalah satu kebanggaan buat saya ,pada waktu itu tayangan perdana Filem Talentime di Universiti Sains Malaysia. Kalau dilihat tiada lagi pengarah-pengarah filem yang mampu menggarapkan isu perpaduan dengan sempurna didalam filem mereka. Apapun saya mengkagumi beliau..thanks to YASMIN AHMAD diatas karya-karyamu..agar mu tenang di-sisiNYA..