TaHaJJuD CiNtA

Thursday, August 27, 2009

Majlis Penghuni Desasiwa Fajar Harapan 09/10

Akhirnya,Mesyuarat Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan (MPDFH)sidang 09/10 yang Pertama diadakan dengan sempurna pada 25hb Ogos 2009 di Bilik Mesyuarat MPDFH. Dengan kekuatan MT dan Exco seramai 47orang. Antara transformasi yang dilakukan adalah penjenamaan semula beberapa biro antaranya Biro Pembangunan Akademik dan Kerjaya, Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian, Biro Komunikasi Korporat, Biro Pembangunan ICT, Biro Keusahawanan dan Penajaan, Bahagian Teknikal dan Fizikal dan Biro Pembangunan Siswa dan Kelestarian. Antara biro yang kekal adalah Biro Sukan dan Rekreasi, dan Kesenian dan Kebudayaan. Penjenamaan semula biro-biro ini adalah bagi merealisasikan ASPIRASI Universiti selaku Universiti APEX. Sebarang maklumat mahupun aduan daripada penghuni Desasiswa Fajar Harapan USM boleh diajukan kepada Muhammad Nur Hapis Abdullah, YDP MPDFH 09/10 – 0174230812, Mohd Rizuan Mohd Haran, NYDP1 MPDFH 09/10 – 0174731705, Nursyafawati Samsudin, NYDP2 MPDFH 09/10 – 0175741448, Nor Azlan Mat Isa, NYDP3 MPDFH 09/10 – 0125768653, Halimaton Ahmad, Setiausaha Agong MPDFH 09/10 – 0174624586 dan Nur Zawani Amran, Bendahari Kehormat MPDFH 09/10 – 0124045169. Bersama-sama kita memastikan kelestarian hari esok…

1 Harapan, 1 Aspirasi, 1 Kejayaan

Wednesday, August 5, 2009

siapa yang patut di salah kan????



KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Bila terbaca akhbar kisah yang menyayat hati ini, menyebabkan saya terfikir sejenak tidak lagi seorang manusia yang bergelar “insan” di Malaysia ini tidak berperikemanusiaan. Sanggup membuang bayi yang tidak berdosa begitu kejam sekali seorang insan yang bergelar “perempuan” hingga tidak mempunyai nilai atau perasaan seorang ibu.

Saya harap kalau insan itu terbaca berita, bertaubatlah kerana anak yang tidak berdosa yang lahir dari keseronokan anda telah menjadi mangsa.

Tiba-tiba saya terfikir tidak adakah cara kita untuk menyelamat anak yang tidak berdosa ini, kini saban hari semakin ramai orang yang membuang bayi. Di manakah nilai moral yang dipelajari sebelum ini.