TaHaJJuD CiNtA

Sunday, September 27, 2009

Hari Lebaran


Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua penghuni Desasiswa Fajar Harapan.. Hari ini, ramai penghuni desasiswa ini kembali semula ke kampus. Saya mendoakan agar perjalanan anda semua selamat sampai.. Semoga cuti di hari raya ini bersama keluarga, teman, sahabat dan rakan-rakan tercinta meninggalkan kenangan yang penuh beerti kepada kita bagi meneruskan kehidupan di kampus ini..

Buat semua MT dan Exco MPDFH 09/10, moga kepulangan anda ke kampus membawa lembaran baru buat kita semua dalam meneruskan agenda kita lepas ini dalam memimpin MPDFH ke arah yang lebih LESTARI dan KECEMERLANGAN.

Salam Aspirasi 1 Siswa 1 Malaysia,

YDP MPDFH 09/10

Apit

Thursday, September 24, 2009

Ku PeRcaYa AdA cIntA


Mereka meragui

Wujudnya cinta yang sejati

Tidak hati ini

Semenjak dari mula

Ku yakin ada cinta

Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela.. Biar betapapun perit tertusuk duri

Jalan berliku tiada bertepi

Ku percaya.. Tidak sia-sia aku diuji

Demi cinta.. Tersembunyi hikmahNYA pasti

Pandang-pandang alam ini

Sambil pandang difikiri

Mana bumbung langit tinggi

Mana lantai bumi

Tiap satu yang terjadi

Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui

Sejak mula ku percaya ada cinta

Cinta itu memungkinkan segalanya

Cinta suci dan Abadi

Sunday, September 6, 2009

MaJLiS WaTiKaH PerLaNtiKaN MPDFH 09/10

Barisan MT dan Exco MPDFH 09/10
Biro Komunikasi Korporat
Biro Kesenian dan Kebudayaan
Biro Keusahawanan dan Penajaan
YDP menerima watikah perlantikan dari Pen. Penggawa

Tanggal 4hb September 2009, hari Jumaat pada jam 10.30malam di Bilik Gerakan MPDFH, Majlis Watikah Perlantikan MPDFH 09/10 telah diadakan. Dengan ini secara rasmilah semua MT dan Exco MPDFH 09/10 berkhidmat buat semua penghuni Fajar Harapan.

Hari Interaksi MPDFH 09/10 dan Bengkel Pengurusan MPDFH 09/10

kumpulan H2O..

tekunnyer..YDP memberi penerangan..
salah seorang exco membuat pembentangan..

kumpulan Aiyaa...


Selepas seminggu pengumuman MPDFH 09/10, pada tarikh 29hb hingga 30hb September telah diadakan Hari Interaksi MPDFH 09/10 dan Bengkel Pengurusan MPDFH. Tujuan diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan antara Exco MPDFH dengan barisan MT dan juga bagi meningkatkan lagi “softskill” dikalagan Exco dan juga MT. walaupun program berlangsung pada bulan puasa itu bukannya halangan buat semua MT dn Exco dalam menjalankan aktiviti yang diadakan seperti ice breaking, self confidence, modul kenegaraan, belanjawan diri dan kebudayaan. Manakala untuk bengkel pengurusan pula, penerangan tentang Dasar Pembangunan Siswa, menerangkan prosedur membuat projek dan latihan menguruskan projek. Diharapkan dengan aktiviti yang dijalankan ini mampu melahirkan barisan MT dan Exco MPDFH 09/10 yang berkepimpinan, bersifat rendah diri, mengutamakan kebajikan penghuni dan meningkatkan prestasi kejayaan MPDFH 09/10.