TaHaJJuD CiNtA

Friday, November 13, 2009

resmi padi makin berisi makin menunduk

tetibe hati ini berasa sedih.. bila dikenangkan zaman aku mula menjadi 1st year.. dan kawan-kawan yang sama batch dengan aku dulu..kami mempunyai semangat yang utuh antara satu sama lain hingga kini hubungan kami kekal bersatu.. hubungan kami dengan senior-senior tidak pernah sekali rapuh..kami menghormati senior seperti kakak-kakak dan abang-abang kami sendiri..setiap nasihat dijadikan panduan buat kami semua dalam menempuh alam universiti..

aku hairan mengenangkan pelajar 1st year kini di USM, maybe tidak semua yang berperangai begini..yang terlalu sensitif, tidak boleh ditegur ataupun dinasihat, jika ditegur dikatakan senior nak tunjuk kuasa...tidak kurang juga yang berlagak hebat dengan jawatan yang disandang di sekolah mahupun matrik atau universiti (budak diploma). bagi aku pengalaman mereka di sekolah, matrik mahupun universiti adalah berbeza dengan USM atau Universiti APEX..

kekadang menjadi perbincangan senior-senior Adakah ini pelajar APEX yang dipilih oleh universiti??? hebat dalam akademik tetapi perangai, softskill, adabnya hancur sama sekali..aku tak salahkan semua budak 1st year tetapi "kerana nila setitik rosak susu sebelanga.."

juniorku si diyana rail (pendebat varsiti) datang nak tolong ajar debat, ada la seorang budak 1st year bercakap besar yang dia dulu pendebat sekolah, pemidato dan berbagai-bagai lagi..tapi bila mintak mewakili desa, hampeh!!! berbagai alasan diberi.. bagi aku jangan la berasa bangga sangat dengan apa yang korang pegang dulu...

itu baru satu, tak cukup dengan itu.. ada la juniorku si fuzah, bercerita ada seorang budak 1st year nie masa tue pertandingan debat budak-budak 1st year.. berperangai agak tidak senonoh dihadapan orang ramai bermanja-manja dengan kawan die ( kawan lelaki, die pun lelaki), sampai naik geli orang sekeliling memandang perangai budak tue.. masalahnye fuzah kata kesian kat kawan die sampai malu..lepas tue fuzah dengar ada budak debat tanya kawan die tue.."tue kawan awak ke??" kawan die tue cakap "tak kenal budak tue.." boleh bayangkan sampai kawan die sendiri pun tak mengaku die kawan.. bagi aku terpulang lah pada budak tue apa die nak buat yang penting jagalah diri depan orang ramai kerana semua orang memandang anda..

rindu aku pada budak-budak batch aku..saat kami bersama-sama antara satu sama lain..sampai sekarang hubungan kami dengan senior-senior dan PPMS (kini PPSL) yang sambut kami berkekalan..kerana satu yang kami amalkan sifat HORMAT-MENGHORMATI.

p/s : apapun nasihat aku kepada budak-budak 1st year yang telah merosakkan nama baik budak-budak 1st year lain..jaga lah nama anda dan juga orang lain...dan ikutlah "RESMI PADI MAKIN BERISI MAKIN MENUNDUK" dan itu membuat adik-adik semua akan bertahan dan insyaAllah satu hari nanti mungkin adik-adik akan jadi pemimpin di USM.

salam tinta,
muhammad nur hapis abdullah
YDP MPDFH 09/10

Thursday, November 12, 2009

hAngiN tetibe!!!

"jalan lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna..jika rasa tidak mampu lebih baik berundur..ingatlah setiap tanggungjawab yang diperoleh akan menjadi perhitungan kelak..."


ermmm..tiba-tiba nak naik hangin aku..bagi aku lau rasa dah tak boleh nak wat kerja tue lepaskan jer tanggungjawab tue..jangan sampai menyusahkan orang lain..ini orang yang nak kena marah bukannye ko..ko dengan senang lenang boleh pergi bersuka ria..macam tak ada apa-apa yang berlaku..tegur dah penat menegur suruh siapkan kerja..bagi aku orang lain exam jugak boleh jer settlekan kerja..syarat nyer ko pandai bagi masa yang terluang ko..lau ko dok tangguh kerja alamaknya nanti diri ko sendiri yang parah..


pesanan aku kepada orang itu pandai-pandailah bagi masa lau rasa tak nak kecundang di USM nie (aku pernah melalui dulu dan ini pesanan aku agar ia tidak diulangi oleh orang lain)..jangan banyak terlalu "bermain"..dan jangan terlalu berasa selesa dengan kedudukan yang ada sekarang... jangan jugak terlalu megah dengan tanggungjawab yang diberi kelak diri yang merana..


Wednesday, November 11, 2009

citer korea...




sepanjang minggu exam nie keje aku adalah tengok citer korea..hehehhe..naik bengang si tapa!! penat die nasihat suh aku baca buku..aku dah kemaruk gila tengok drama korea..citer yang tengah melekat kat hati aku skrg ialah citer boys over flowers..siap mendownload lagu-lagu lagi..hehehe.. gu jun pyo!! hahhaha..

Sunday, November 8, 2009

Salam Takziah..

AL-FATIHAH


Saya mewakili MT dan Exco Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10 menyampaikan Salam Takziah buat Muhamad Rashidi Bin Radzi, Exco Komunikasi Korporat kerana insan yang disayangi, ayah beliau telah kembali ke rahmatullah pada malam kelmarin 7hb november 2009.
Semoga beliau tabah dan cekal dalam mengharungi cabaran-cabaran mendatang.


muhammad nur hapis abdullah
Yang Di-Pertua
Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10