TaHaJJuD CiNtA

Thursday, February 18, 2010

SelAmAt PeNgaNtiN BaRu..

Akhirnya, kerana janji dan rindu di hati ini aku smapai juga ke Melaka. Ermmm..aku pergi kenduri kahwin Kak Co’ai @ Ruhaiza. Di antara akak-akak senior yang aku sayang di USM. Perjalanan aku ke sana amatlah letih dan kelakar. Aku bertolak dari USM pada jam 4petang bersama-sama dua kuntum bunga yang menjadi idaman setiap lelaki..hahahha.. Maslika @ Ika besaq dan Kak Sri. Tayar bas kitaorang bergolek pada jam 5petang. Tetibe Kak Sri Tanya aku “apit naper bawa beg besaq sangat??” aku pun dengan selamba menjawab “ kan kita balik ari rabu..” Kak Sri terus membuat muka orang tak bersalah. Rupa-rupanya Ka Sri ingat kami balik penang hari isnin jadi die bawa beg kecik jer la..hahha.. Ika pun mencelah “alah baju Miera kan ada, akak pakai la”. Sepanjang perjalanan yang masih cerah tue aku menghabiskan masa membaca novel kerana Zana dah warning balik dari cuti dei nak novel tue..huhuhu.. Novel “Nyanyi Sunyi” memang best giler.. Sampai ke saat ini aku tak habis membaca lagi..huhuhu.. Novel nie mengisahkan bagaimana pejuang Bahasa Melayu mempertahankan dan memperkayakan Bahasa Melayu ke peringkat Antarabangsa. Disini banyak yang aku belajar tentang syair, gurindam, sajak dan puisi-puisi tradisional. Eh, dah melalut pulak kembali ke pangkal jalan.. bas kitaorang berhenti kat RnR Gopeng untuk beli makanan atau membuang apa-apa yang patut. Lepas bas nak bergerak jer, Kak Sri pinjam Mp4 aku, die kata nie I-pod ke?? Aku dah tersengih, aku cakap mp4 je.. aku mana la ada duit nak beli i-pod..hehehe.. lepas itu jer,,semua tertido..hehehe.. sedar-sedar kitaorang dah sampai KL. Sampai jer Puduraya, Miera dan Rafi datang jemput kitaorang untuk di hantar ke Melaka. Mula-mula kami mengisi perut yang kosong sepanjang hari. Lepas tue, kami pun gerak ke Melaka. Kak Co’ai jemput kami di Ayer Keroh depan rumah TYT Melaka. Kami sampai dulu sebelum Kak Co’ai, jadi kami berbual dan melepak kat situ. Dalam 20 minit lepas tue, Kak Co’ai sampai. Sampai jer rumah Kak Co’ai di Sungai Rambai, kami mula sesi “merunut malam” hahaha..aper lagi tido la. Esoknya tepat jam 6pagi aku dah bangun, Along Kak Co’ai kejutkan suruh gi mandi nanti bilik air penuh..hiihihi.. aku pun kejutkan dua bidadari pagi, si Ika dan Kak Sri. Dah selesai mandi, tugas pertama dah menanti aku dalam sesi rewang tuk kenduri adalah membersih ayam sebanyak 20kampit. Naik kebas jugakla bontot aku nie hahaaha… tapi satu pengalaman yang best. Sedar tak sedar sampai kol 12 tengahari aku membersih ayam dari jam 9pagi. Lepas tue, aku dah arahkan oleh Cikgu Sri tuk pergi bersiap. Aku pun bersiap hanya dengan memakai t-shirt n seluar jeans jer..biasa la aku kan suka yang simple jer. Kami pun pergi makan dulu, wah memang sedap habis la semua lauk pauk, dapat jugak aku makan nasi minyak..hikhik.. tugas kedua aku dan Cikgu Sri adalah member cenderahati kepada kawan-kawan KaK Co’ai dan Kak Uda. Inilah yang uniknya di Melaka bagi aku berbanding di Kedah. Selalunya semua cenderahati untuk tetamu adalah sama tetapi di sini tidak.. dan satu lagi keunikan ada adat “tol” kepada pengantin lelaki sebelum masuk rumah pengantin perempuan..hehehe..kaya la penjaga-penjaga tol.. memang ramai yang datang kenduri kahwin..huhuhu naik letih jugak la. Lepas habis jer kenduri, pengantin ada sesi bergambar di sawah @ bendang. Aku dan dua bidadari yang cantik tidak melepaskan peluang untuk menyemak kan keadaan..hahhaa.. sepanjang sesi fotografi tue macam-macam ragam orang kampong di situ ada yang suka ada yang tidak..hehehe.. apapun Tahniah buat Kak Co’ai , Abg BoB dan Kak Uda bersama pasangannya (tak ingat nama la). Selamat Pengantin Baru dan kekal ke anak cucu..
p/s : buat kak co’ai nanti laud ah mengandung jangan lupa bgtau yea..dah xsabar nak jadi pak ucu..hahaha





Selamat Pengantin Baru Kak Co'ai n Abg BoB



inilah rombongan Cikgu Sri ke Melaka



tanah gersang seperti juga hatiku..hahaha



drama bollywood..hahaha



merenung masa depan diri ini..hikhik

Friday, February 5, 2010

ku pendam sebuah rahsia...

BIARLAH RAHSIA

Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyeksakan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia…

Aku bingung mengenangkan segala masalah yang perlu aku lalui kini.. inilah dugaan dari-NYA untuk melihat sejauhmana aku tabah melalui..tapi jerit hati ini mengatakan cukuplah dengan dugaan ini..jangan KAU tambah lagi dugaan pada diri ini, aku hanya insan yang lemah dalam menghadapi dugaan-MU. Buat teman yang ada disekelilingku, aku harapkan kalian memahami diri ini..bukan mudah menjadi anak, adik, pelajar, sahabat dan pemimpin dalam satu masa. Kadang-kadang hati ini rasa sedih sangat bila teman yang rapat tidak pernah memahami diri ini..yang mereka tahu hanya mengkritik diri ini..

bagi aku, cubalah kalian bermimpi seketika berada di tempatku mampukah kalian lakukan seperti yang kalian ucapkan.. mampukah kalian bertindak tanpa melibatkan emosi??? Mampukah kalian padam rasa benci kalian pada orang yang telah menghina kalian?? Mampukah kalian menjaga hati semua orang dalam kalian membuat keputusan?? Mampukah kalian???? Bagi aku jangan sesekali menilai tugas atau peranagi insan lain kalau tidak merasai atau pernah berada di tempatnya.

Buat teman-teman sekalian jangan sesekali memmburukkan segala keadaan yang kini hampir tenang antara kita.. kalau ada perselisihan faham antara kita, atau ada perbuatan diri yang telah mengguris hati kalian, diri ini menyusun sepuluh jari memohon maaf..Apapun aku akan cuba hadapi segala dugaan ini, bagi aku ada insan lain yang lebih berat dugaannya dari diri ini..

Ya tuhanku, berikan aku kekuatan setinggi langit dalam menempuh dugaan-MU..Berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam menempuh segala masalah yang melanda dalam persahabatanku, dan kepimpinanku. Berikanlah aku ketabahan sedalam lautan dalam memikul tugas sebagai anak kepada ibuku ,adik kepada abangku dan bapa saudara kepada anak-anak saudara ku.


muhammad nur hapis abdullah