TaHaJJuD CiNtA

Wednesday, July 28, 2010

SaHaBaT SeJaTi..


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


ku tujukan khas buat sahabat-sahabatku.. ku memohon keampunan andai sepanjang perkenalan diri ini telah melukakan kalian sama ada zahir mahupun batin..

MAAFKAN AKU.., Mustapa Hamidin, Noor Humaira Omar, Mohd Shafiq Saiddon, Maslika Ramli, Siti Zanariah Zailani, Mohd Khairol Azhar Awam, Nurehan, Aizat Khairi, Nor Iqlima Abdul Rahman, Nuridayu Ibrahim, Abd. Rahman Aziz, Mohd Rafiq Mujilan, Nur Syafawati Samsuddin, dan Nor Azlan Mat Isa









Monday, July 19, 2010

RaSa Ini kU LuAhKan...

adakah ini merupakan senyuman terakhirku..

Kadang2 apa yang berlaku, tak seperti apa yang kita harapkan.. Apa yang kita impikan, tak semestinya menjadi kenyataan.. Kerana harapan dan impian bukan milik semua walaupun dah dilakukan sesempurna mungkin.. hati menangis tak siapa tau..



begitulah apa yang dapat aku luahkan dari hati yang tak jemu menyimpan perasaan suka duka,pahit manis kehidupan seorang manusia. masih tidak mengerti dengan kehidupan yang penuh cubaan dan dugaan. Masihkah ada sinar bahagia di hati ini tatkala ia di lukai?? Adakah dengan maaf mampu membasuh luka yang terpalit?? semua itu tidak mampu lagi aku memikirkan?? aku hanya mampu berdoa pada-MU..agar dibuka pintu penyelesaian ini..

Monday, July 12, 2010

TaHniaH PPSL InDaH KeMbArA

PPSL IK
karya pelajar baharu wat PPSL IK
kenangan bersama semua pelajar baharu IK

Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI..1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..


Sepanjang aku berada di bumi minden ini, kali pertama dalam sejarah PPSL dan juga mungkin dalam sejarah PPMS iaitu pelajar-pelajar baharu meraikan perkenalan mahupun ukhuwah antara pelajar baharu dan PPSL.. aku berasa kagum dengan PPSL Indah Kembara kerana pelajar baharu telah mengadakan satu majlis khas untuk menhghargai mereka semua yang telah berjasa kepada pelajar-pelajar baharu di USM.. Tahniah buat semua PPSL IK, anda menjadi kebanggaan semua PPSL dan USM.

Teruskan perjuangan ini..!! Salam ASPIRASI menjunjung TRANSFORMASI!!!

Friday, July 9, 2010

Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL)

Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI..1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..

Tahun ini masuk kali ke-2 aku menjadi PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari)..kali ini aku jadi PPSL berbeza dari sebelum ini kerana tanggungjawab yang aku pikul terlalu besar berbanding fizikal diri ini.. apapun aku cuba membuat yang terbaik untuk semua..

kali ini kursus persediaan PPSL diadakan di Kem BTN Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak..pengalaman yang menarik masa kursus adalah kali ini fasi-fasi kami adalah senior-senior PPMS (Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal).. mereka lah yang menyambut kami masa kami 1st year dahulu.. tunjuk ajar dari Kak Zah (Penghulunita Fajar Harapan 06/07) amat berharga buat diri ini.. tanpa beliau tak akan aku dapat berdiri hingga ke saat akhir ini.. masa di kem ini kami diberi latihan fizikal dan mental yang mantap agar kami dapat melalui keadaan sebenar masa Program Siswa Lestari dengan kuat.. kami dibawa meredah hutan di waktu hening pagi, memasak didalam hutan dan berbagai lagi.. bagi aku semua itu pengalaman yang tak akan aku lupakan..

kali ini bertugas sebagai PPSL tanpa kehadiran orang yang banyak memberi semangat disisi iaitu Murshidan aka Along, Mustapa Hamidin, Shafiq Saiddon dan Humaira Omar.. hati ini sedih sangat.. sebab hanya mereka sahaja yang memahami diri ini dan tanpa mereka juga aku tak akan pergi sejauh ini di bumi minden ini.. apapun terima kasih sesangat buat semua geng-geng Induk yang menceriakan diri ini.. terima kasih bebanyak buat Zana, Bazilah, Shafiq Aziz, Mai, Izwan Ali Imran, Hafiz DTSP, Jun IS, Nik Hussein (adik angkat ku di Kg. Sg. Burung), Hazim, Chin Soon, Farah Hain PTPTN dan yang lain lagi.. banyak pengalaman baru yang aku belajar sepanjang menguruskan INduk, penat sangat sebab kami merupakan peringkat perancangan.. tak semua orang memahami tanggungjawab kami di Induk.. apapun kami semua kena tenang menghadapi kritikan..terima kasih kepada semua yang mengkritik kerana kritikan anda akan menjadi kami berusaha dengan lebih baik..

kami semua di Induk memohon maaf kepada semua PPSL USM andai percakapan, nasihat mahupun perbuatan kami meninbulkan sakit hati atau mengguris hati kamu semua.. jangan lah kerana kesalahan kecil kami ini ukhuwah antara kita terputus..sesungguhnya ukhuwah yang terjalin selama ini adalah satu ukhuwah yang mulia di sisi-NYA..

Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI...!!!