TaHaJJuD CiNtA

Wednesday, August 5, 2009

siapa yang patut di salah kan????



KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

Bila terbaca akhbar kisah yang menyayat hati ini, menyebabkan saya terfikir sejenak tidak lagi seorang manusia yang bergelar “insan” di Malaysia ini tidak berperikemanusiaan. Sanggup membuang bayi yang tidak berdosa begitu kejam sekali seorang insan yang bergelar “perempuan” hingga tidak mempunyai nilai atau perasaan seorang ibu.

Saya harap kalau insan itu terbaca berita, bertaubatlah kerana anak yang tidak berdosa yang lahir dari keseronokan anda telah menjadi mangsa.

Tiba-tiba saya terfikir tidak adakah cara kita untuk menyelamat anak yang tidak berdosa ini, kini saban hari semakin ramai orang yang membuang bayi. Di manakah nilai moral yang dipelajari sebelum ini.

No comments:

Post a Comment