TaHaJJuD CiNtA

Wednesday, June 8, 2011

~ BRAVOO.. ~






Alhamdulillah.. selesai sudah tanggungjawabku menjadi fasilitator RMJM.. yang berlangsung 29hb Mei hingga 3hb Jun 2011.. kali ini ade perubahan modul sedikit iaitu berkhemah di dalam hutan selama 3hari 2malam berbanding sebelum nie 2hari 1malam.. perubahan modul yang baik untuk melatih ketahanan fizikal dan mental peserta..

Kali nie peserta seramai 54orang dari SMK Sri Muda, SMK Penanti dan SMK Pauh Jaya.. pada permulaan perkenalan bersama mereka telah tercetus trademark yang menarik iaitu I LIKE!!.. hikhik..

Kali nie, kumpulan aku adalah BRAVOO.. memang nama yang memberi semangat.. adik-adik kumpulan BRAVOO.. korunk semua memang hebat!! Korunk buat abang apit rasa terharu dengan persembahan korunk.. dan kerjasama korunk selama di kem.. Tahniah buat BRAVOO.. mendapat kempat ke-3 kumpulan terbaik!! Dan Tahniah di atas persembahan korunk yang menyentuh hati semua fasi dan urusetia kem walaupun kalah pada malam persembahan tapi kepuasan dan kegembiraan menjadi hak kita!!..

Terima kasih wat adik-adik RMJM Siri 1/2011 atas hadiah yang korunk beri.. akan abang apit jadikan penawar di kala diri ini kerinduaan..

p/s :: ikhlas dan sabar mampu memberi kepuasan yang maksimum kepada kita dalam meniti kehidupan yang penuh dengan ranjau yang tidak pernah kita bayangkan..

salam tinta

muhammad nur hapis abdullah

Friday, April 15, 2011

R.I.N.D.U.M.A.K

Raya terakhir bersama emak..

Genaplah 40 hari arwah mak meninggalkan kami. Bagi diri ini masih belum boleh menerima hakikat itu. Sepanjang umur ku 24 tahun terlalu banyak jasamu buat diri ini, aku sedar yang jasamu buat diri ini belum terbalas.

Ku singkap di saat kelahiranku, ku terima dengan redha lahirku tanpa ayah yang bertanggungjawab. Dan saat dimana ibu kandungku sendiri tidak menerima diri ini.. Terima kasih ku ucapkan buat emak ku, Salasiah Binti Majid yang sudi membesarkan diri ini walaupun tidak cukup bulan kelahiranku. Tidak cukup dengan itu, aku dilahirkan sebesar anak kucing, aku tidak minum susu sehingga umurku 4 tahun.

Bukan itu sahaja, emak membesarkan abang yang tidak sempurna juga kerana sakit keturunan. Bila dikenangkan menitis airmata ini emak sanggup mandi air tempat berkubangnya khinzir kerana dikatakan dapat menyembuhkan penyakit abangku tetapi jawapannya tetap tidak. (Ya Allah begitu besar pengorbanannya dalam membesarkan anak-anak yang ditinggalkan ibu bapa).

Dugaan emak tidak sudah disitu, emak diuji dengan hadirnya suami yang tidak bertanggungjawab. Aku sering merasa kesakitan yang melalui didera oleh ayah tiriku. Sehinggakan diri ini mengalami trauma pada waktu malam berlarutan sehingga aku ke alam universiti aku tidak boleh tidur malam kerana aku akan merasa “suasana” itu.

Kemudian emak menjadi ibu tunggal, betapa hebatnya dugaan yang emak lalui dalam membesarkan ku keseorangan dan pada masa yang sama emak diuji dengan abang yang tinggalkan kami kerana mendengar kata isterinya. Abang tidak pernah memberi wang untuk sara hidup kami. Kami bekerja dengan pelbagai kerja antaranya bekerja di kilang kayu sehingga emak mendapat sakit jantung, menjadi pengawal keselamatan di kilang, menjadi “baby sitter” dan akhir sekali menjadi pembantu rumah, emak meninggalkan aku keseorangan di Sungai Petani dek mencari rezeki buat kami berdua.

Aku masih ingat masa aku di Universiti, emak tinggal bersama abang tapi dek kerana abang dihasut oleh anaknya yang berumur 4 tahun dan isterinya emak dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang tanpa sesen duit pun diberi.

Sedih aku kenangkan abang dan keluarganya sanggup tidak menjaga emak bila sakit, kos perubatan emak pun berkira. Kalau mereka bayar kos perubatan emak, maka mereka akan menuntut bayaran ganti rugi (tidakkah abang terfikir yang aku masih lagi belajar pada waktu??? ). Emak sanggup tidak tinggalkan abang bersendirian di dalam wad masa abang kemalangan sedangkan isterinya mengabaikannya.

Sedih lagi bila dikenangkan abang mempersoalkan halal dan haram dalam mencuci najis mak, masa mak sakit dulu tak mampu berjalan. (menitis airmata ini.. tegar abang mempertikaikannya). Abang mangatakan kami tidak boleh mencuci najis emak kerana kami bukan anaknya. Aku mengatakan tidak cukupkah dengan susu badan yang diminum itu.

Sewaktu aku ditawarkan bekerja di Kuala Lumpur memang berat tuk melangkah meninggalkan emak dengan keadaan emak yang sakit. Tetapi dek kerana nasihat emak untuk aku meneruskan kehidupan dan merubah kehidupan kami, aku terima.

Tidak ku terima kerana bagi hatiku, apepun yang terjadi aku ingin emak pergi meninggalkan aku dihadapan dan pangkuan aku. Namun ape dayaku telah tersurat yang emak pergi bukan dipangkuan aku.

Emak, adik nak bagitau yang adik sayang dan rindu sangat pada mak. Adik rindu nak tidur dengan emak, tak puas lagi adik tidur dengan emak. Adik rindukan pelukan dan ciuman emak. Dulu kalau adik nak pi sekolah atau keje adik akan peluk dan cium emak tapi sekarang adik nak peluk dan cium sape mak?? Dulu lau adik ada masalah adik ngadu kat mak tap sekarang lau adik ada masalah adik nak cakap ngan sape mak?? Nanti raya adik macam mana mak?? Adik nak minta maaf dan cium tangan sape?? Mak , adik sebatang kara sekarang nie mak, adik tak ada sapa-sapa… Mak kandung adik sendiri pun tak terima adik inikan pula orang yang tak ada darah daging.. Emak, nape mak tinggalkan adik sorang-sorang?? Adik tak sempat lagi nak balas jasa emak.. Emak , adik minta maaf semua salah adik pada emak. Adik sedar, adik banyak salah dengan emak.

EMAK, ADIK RINDU KAT MAK!!!

p/s :: nukilan ini bukan untuk memburukkan sesape tap buat sesiapa yang masih ade ibu dan ayah hargailah mereka.. begitu besar jasa mereka buat kita.

Monday, March 14, 2011

R.I.N.D.U.M.A.K


Hari nie genap seminggu pemergian mak..

namun hati ini masih R.I.N.D.U pada mak.. tidak sedikit pun akan kurang rasa R.I.N.D.U ini.. terima kasih pada semua yang menyampaikan ucapan takziah dan juga iringan doa, sedekah Al- Fatihah buat arwah mak..

MAK,
Sesungguhnya di hati kecil ini amat merindui dirimu..
bilakah kita kan ketemu lagi??
aku ingin benar memeluk mu seerat-eratnya
dan mengikutmu pergi jua..

salam kerinduan dari anakmu..
muhammad nur hapis abdullah