TaHaJJuD CiNtA

Tuesday, December 28, 2010

ReuNioN PJKN














Pada mulanya memang aku nak pi Reunion PJKN sebab dah hampir 2 tahun tak jumpa adik-adik PJKN. Sampai tukar cuti keje la, akhirnya berjaya jugak. Tapi bila “hari kejadian” aku tak larat sangat sebab letih keje dan selsema, selepas dipujuk oleh Kak Iena, aku pun bertolak ke Megamall Lanes di Seberang Jaya pada jam 1.30 petang dan aku sampai sana jam 3 petang.

Sampai ada lebih kurang dalam 8 orang adik-adik PJKN yang datang, yang lain maybe busy dengan aktiviti universiti masing-masing. Apepun aktiviti bermain bowling pun bermula pada hakikat permulaan nya memang aku tak larat dan “score” aku memang sikit giler la. Namun, bila melihat keletah adik-adik buat aku bersemangat bermain walaupun selsema. Hehehe, dan “score” aku meningkat memang bangga giler la sebab boleh buat “score” sampai 140 jatuhan pin untuk satu game.. hehehe..memang aku tak percaya la.. aku dapat number 6 dalam ranking dengan jatuhan pin dalam 3 game sebanyak 335 jatuhan pin dan average jatuhan 111 jatuhan pin.. hehehe, bangga seketika.. apepun aku puji lah adik-adik PJKN sebab semua dapat masuk Universiti hebat la korang dan yang paling tak sangka aku sambut 2 orang adik PJKN masa Minggu Siswa Lestari 2010/2011( Minggu Suai Kenal) kt USM iaitu Cassie dan Basirah.. hehehe..

Lepas habis main bowling, aku, Kak Iena, Kak Ariey, Abang Hasril dan Isteri ( Saudari Najla) aku pergi menonton wayang citer “Hantu Mak Limah Balik Kampung”..hehehe.. bising giler ketawa kitaorang kat depan kaunter tiket sebab aku salah sebut tajuk citer “Hantu Kak Limah Balik Rumah” mampus la aku nanti Mamat Khalid saman sebab sesuke hati tukar tajuk filem die..hahaha..

Apepun aku harap lepas nie kita buat Reunion lagi yea adik-adik PJKN ku… hehehe… balik cuti semester bagitau la yea.. roger-roger la kami disini.. hehehe..

salam kasih sayang,
Muhammad Nur Hapis Abdullah

Saturday, December 4, 2010

Di MaNaKaH TaNgGunGJaWaB KiTa???

Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes. Sehubungan dengan itu, masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka kerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama.

p/s : Sejauhmanakah kita sebagai masyarakat memainkan peranan dalam menangani masalah penderaan kanak-kanak ini. Jadi saya menyeru diri saya dan juga masyarakat yang lain sama-sama lah kita dalam memerangi penderaan terhadap kanak-kanak kerana mereka lah bakal pemimpin masa hadapan kita.

Terdapat beberapa persoalan yang bermain di fikiran saya, mungkin rakan-rakan dapat menjawabnya..

1. Apabila melihat kes penderaan kanak-kanak yang agak keterlaluan, masyarakat perlu masuk campur a.k.a menyibuk??
2. Kenapakah masih kurangnya kesedaran untuk bermasyarakat di kalangan kita??
3. Pernahkah anda melihat sendiri kes dera dihadapan mata anda?? dan apakah tindakan anda??

Salam Ukhuwah,
Muhammad Nur Hapis Abdullah

Friday, December 3, 2010

MeRekA yAnG Ku RinDUi.. (^_~)

bersama dengan o-ney

adik yang paling comey..

ketua kumpulan embun - shafie


Kumpulan Embun - " kami dah kantoi!! anda bila lagi?? "

jejaka kumpulan embun..

Penghulu Kem RMJM Siri 2/2010 - Amir Naufal

bersama Hamirul Hakim (kembaq Byjan)

bersama gadis yang menceriakan kumpulan Embun..

Setelah sekian lama tak update blog, kini mempunyai masa terluang untuk meng’update’ blog. Cerita kali ini adalah tentang Program Kem Musim Cuti Sekolah Rakan Muda Jiran Muda Negeri Pulau Pinang, sedar tak sedar dah masuk tahun ke-empat aku join program nie sebagai fasilitator. Dah macam-macam ragam adik-adik yang dapat aku kenal. Ade yang baik, ade yang nakal memang berbagailah tapi yang penting mereka semua nya baik.

Mula-mula join program nie dengan Tapa, Gee, Abang Piah, Hasfarisham, Kamal dan Ummu. Dan kemudian diikuti dengan Maton dan jugak Miera pun dah join team nie. Dan di kem nie aku telah kenal ngan ramai fasi dan urusetia baru antaranya Abang Hasril, Abang Khairol, Kak Ayu, Kak Finas, Kak Arie, Kak Ina, Kak Tie, Kak Linda, Abang Zul, Abang Syariman, Shiema (UM), Baby Boy (UPSI), Mummy Ta, Lan (kembaq Nabil), En. Guru, Cik Wan, dan ramai lagi la. Dulu masa program nie peserta mencecah sampai 200 orang , satu kumpulan sampai 23 orang tapi kini peserta telah dikurangkan sehingga 40 orang untuk satu siri kem kerana budget telah dikurangkan oleh kerajaan. Berbagai tempat kem yang telah ku pergi antaranya Maktab Rendah Sains Mara Transkrian, SMK A Nibong Tebal, SMKT Bukit Minyak dan Komplek Rakan Muda Jawi, SPS, Pulau Pinang.

Kesan yang mendalam masa mula-mula join program nie adalah ada sorang budak nie memang nakal tahap dewa la tapi bila die join program nie Alhamdulillah die dah berubah bila kami jumpa pada siri seterusnya. Dan berbagai ragam lagi la yang menjadi ingatan aku antaranya ada peserta kem bila dengar suara kem komandan akan semput, penat jugak la menghantar ke klinik setiap kali die semput.

Kenangan yang lain adalah pada satu malam disebabkan mulut celupar seorang peserta lelaki nie yang mengata pada seorang peserta perempuan menyebabkan semua peserta tidur pada jam 3pagi, tak cukup dengan tue pada awal-awal pagi tue hamper 20 orang yang pengsan sebab penat. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran semua fasi dan urusetia, peserta yang pengsan dirawat penuh dedikasi.. hahaha.. kelakar sangat sampai ade peserta yang dibawa balik tidur kat bilik urusetia la. Dan banyak lagi la kenangan yang tercipta di kem ini yang tak dapat dilupakan.

Kem RMJM Siri 1/2010 adalah kenangan yang tercipta bila peserta-peserta kem buat reunion majlis berbuka puasa, Alhamdulillah 20 orang yang hadir. Tahniah buat kalian!!

Buat peserta atau adik-adik Kem RMJM Siri 2/2010 kali nie korunk pun best jugak !! moga rancangan kalian untuk membuat reunion tercapai.. amen..insya allah.. di sini saya selitkan beberapa kenangan yang tercipta pada Kem RMJM Siri 2/2010..

Salam sayang buat adik-adik kem RMJM antaranya - Fahmi, Fareez Salleh, Byjan, Dzahir, Ella, Ema, Faiq, Fayadh, Hamzi, Nadya Nadira, Naim, Pait, Shahanis, Shahirah, Shamin, Zulfeqar, Amir Naufal, O-ney (Haris), Shafie, Luqman (abang polis), Honey, Shaza, Ieka, Iera Syahirah, Furqan, Syazwan, Azwan, Amirah, dan yang lain-lain lagi.. maaf buat nama yang tak ada sebab ramai sangat.. apapun anda semua tetap dalam kenangan.

“Kenangan yang tercipta adalah pengubat kerinduan antara kita”

Salam Khilaf,

Muhammad Nur Hapis Abdullah