TaHaJJuD CiNtA

Saturday, October 31, 2009

Exam DaH dEkaT...


Muhammad Nur Hapis - Yang Di Pertua MPDFH 09/10

salam tinta buat semua..

Di sini saya Muhammad Nur Hapis Bin Abdullah ingin memohon maaf kepada semua sekiranya sepanjang saya mentadbir Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10 ada melakukan kesalahan, terlanjur kata, gerak badan atau gaya yang menyakitkan atau sebagainya..saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua.. saya juga ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada semua MT, Exco dan juga penghuni Fajar Harapan khususnya dan juga warga USM amnya..moga kita dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya..moga keputusan peperiksaan yang kita perolehi adalah cemerlang..selamat berjaya untuk semua..Chaiyok!! Chaiyok!! Minna Gambatte Ne!!!

salam ikhlas,
Muhammad Nur Hapis
YDP MPDFH 09/10

Tuesday, October 27, 2009

jangan hanya pandai bercakap!!!!





"pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan"

itulah bait-bait lagu yang membawa seribu pengertian kepada aku.. bagi aku orang yang hanya pandai berkata-kata atau mengkritik sepatutnya perlu letak diri mereka ditempat orang berkenaan..jgn hanya pandai membuat spekulasi tapi tidak pernah berada di tempat itu..aku cukup hairan, pandai berkata-kata tapi tindakan tak pernah dilakukan..bagi aku orang begini adalah pengecut.. jangan sesekali mengkritik orang kalau anda sendiri tak pernah melaluinya.. jangan juga berlagak jaguh didepan orang lain sedangkan tindakan tak pernah dilakukan dan hanya meminjam "populariti" sahaja..

p/s : apepun kalau ORANG BERKENAAN atau KRONInya ada membaca blog aku..aku harap insaf la..jangan hanya pandai mengkritik..satu hari nanti anda juga akan dikritik juga..janganlah hanya suka menyakitkan hati orang lain..bila pembalasan tiba nanti hati anda akan lebih sakit... untuk orang berkenaan juga, saya muhammad nur hapis bin abdullah selaku Yang Di-Pertua MPDFH 09/10 telah memaafkan DIRI ANDA dan KRONI-KRONI anda.. tapi untuk menerima anda seperti dulu tidak lagi...

salam kudus,

muhammad nur hapis bin abdullah
Yang Di-Pertua MPDFH 09/10

Wednesday, October 21, 2009

kEluHan hAti iNi..KetiKa Ber"taHajJuD"

20 okt 2009, pagi-apgi aku bangun tido terus siap2 nak pi pusat sejahtera sebab pipi aku bengkak lagi..huhuhu..amat menyeksakan..hampir 1jam 30minit aku bertapa di pusat sejahtera, aku pun gerak ke pejabat Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP). sebab pagi tadi sms suh pi amik surat untuk hadir "Bengkel Penjenamaan USM"..huhuhu..

tetibe rasa nak mengeluh plak..penat sangat menjadi seorang Yang Di-Pertua MPDFH..ialah asyik-asyik meeting, mendengar masalah exco, projek..tindak tanduk kita juga diperhatikan pantang lau ada salah sikit mesti kita kena tembak bertubi-tubi.. tapi bila difikirkan kembali inilah harga yang perlu aku bayar bila menjadi YDP. bagi aku itu semua aku tak kisah yang penting MPDFH terjaga dengan baik dan akan terus meniti kecermelangan.

ermmmm..tetibe melencong la plak dari penceritaan..hehehe..sampai jer pejabat BHEPP, aku pi kat kaunter cakap wakil MPDFH, kak yang comel di kaunter tue pun bagi suratnya..sekali aku tgk penyertaan seramai 30orang..huhuhu..aku pun pulang dengan ati yang agak gelisah tuk mencari seramai 30orang tuk wakil MPDFH..tett..tettt.. wah ada sms baru sampai dalam hati ini dah tertanya jangan la panggil meeting..huhu..rupa-rupanya sms dari abang tercinta, si along ajak lunch beramai-ramai di kafe..jam di handphone dah menunjukkan kol 12..bas sampai jer terus menuju destinasi..

sampai di kafe aku nampak zana dan ucu (mai) dah menunggu..along tak sampai-samapi lagi..ermmm..akupun berborak-borak ngan dieorg..tetibe ade sms masuk lagi..kali nie dari Pengerusi Sekretriat YDP-YDP MPD, amin..die tanya aku dah baca Berita Kampus (BK) belum.. aku pun reply lum..die cakap ade "hot news" muka surat 20..aku pun ape lagi mcm cacing kepanasan la mencari BK..tetibe lalu adik el.. die ade beli BK..aku apa lagi pinjam la..

telek punya telek, akhirnya aku jumpa..nah, satu kontroversi.."krisis dalam MPD : Pemimpin bertopeng sebalik "geng" " begitulah tajuk surat dari pembaca..hampir semua YDP-YDP Desa bertanya adakah cerita itu berkaitan dengan MPDFH.. tapi aku menyangkal kerana ada beberapa bukti dan fakta yang terdapat dalam artikel itu terpesong jauh dari MPDFH..tapi bagi pendapat aku..seorang pemimpin itu bukan memilih MT yang bersama-sama dengannya adalah "kroni" tetapi mereka yang pernah dan boleh bekerja bersama..begitu juga dengan pemimpin negara kita..PM akan memilih TPM orang yang rapat dan memahami beliau. saya orang yang menulis atau menghantar surat berkenaan juga akan bertindak sedemikian sekiranya beliau menjadi YDP Desa.. bagi saya anda jugak merupakan "kroni" kepada pemimpin itu..kalau anda tidak seideologi atau sefahamn dengan beliau atau anda bukan orang yang beliau percaya anda tak akan menjadi exco.. jadi sedarlah..saya juga rasa andalah yang "gila kuasa" sebenarnya cuba betulkan niat anda dalam MPD, kita membuat kerja kerana ingin menjaga kebajikan penghuni..tahukah anda bahawa makin byk tanggungjawab yang kita dapat makin berat amanah di bahu kita untuk bertemu tuhan yang esa nanti..jadi jangan anggap bila anda tidak diberi projek anda telah disisihkan ataupun pemimpin itu bersikap "kroni"..1soalan yang ingin saya ajukan kepada anda semua..bolehkah anda tidak memilih rakan anda untuk menjadi rakan seperjuangan anda..???

Buat semua MT dan Exco MPD-MPD,
saya ingin menyatakan bukan mudah menjadi seorang YDP Desa.. kami bukan sahaja perlu memikirkan masalah desa dan penghuni..terkadang masalah-masalah MT dan Exco juga menjadi tanggungjawab kami untuk membantu menyelesaikan..apa yang saya harap dari nada semua memahamilah dan mengertilah tugasan dan tanggungjawab seorang YDP Desa..kita sepatutnya membantu mereka bukannya menikam mereka dari belakang selepas apa yang mreka telah lakukan untuk kita.. saya mintak maaf, saya mahupun YDP-YDP Desa lain bukannya ingin mengeluh dengan apa yang kami lakukan tapi apa yang saya beritahu ini adalah untuk renungan bersama..agar kita bertindak seiring bersama-sama dalam membangunkan Universiti dan Negara..

salam persaudaraan untuk semua..

Muhammad Nur Hapis Abdullah
Yang Di-Pertua
Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10

1 Harapan, 1 Siswa, 1 Malaysia!!!!

1 Siswa 1 Malaysia - penuh pengertian..

MENYAKSIKAN keriuhan para pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) daripada pelbagai kaum menyambut tiga rakan mereka, Chew Kuan Khoon, 23; Steven Lim, 24 dan Seah Tiong Chai, 23 pulang dari London, kelmarin, membuatkan saya terfikir konsep 1Malaysia bukan omong kosong.

Ketiga-tiga anak muda itu menjadi kebanggaan apabila menang lima anugerah utama pada pameran terbesar di United Kingdom – Invention, Innovation & Technology Show, The 9th British Invention Show.

Gelagat mereka memberi keyakinan bahawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” menerusi 1Malaysia adalah gagasan yang betul.

Acara sambutan itu diatur oleh para pelajar terutamanya dari kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dengan bantuan Bahagian HalEhwal dan Pembangunan Pelajar.

Orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kelmarin tentunya dapat melihat keakraban para pelajar tersebut. Mereka bersorak riang ketika ketiga-tiga anak muda yang mewakili USM itu keluar dari Bilik Kenamaan di lapangan terbang itu.

Sambutan tersebut seperti meneruskan citra pembangunan negara yang baru-baru ini menyaksikan perhimpunan lebih 2,500 pelajar dari seluruh negara dalam Perkampungan 1Siswa 1Malaysia di sini.

Ia membuktikan anak-anak muda kita hidup bersepakat dan tidak ada tembok pemisah, khususnya dalam dunia pendidikan.

Pihak yang selama ini ‘bising’ tentang masalah polarisasi dan kebimbangan terhadap perpaduan di kalangan anak-anak muda kita, patut melihat sendiri peristiwa itu.

Anak-anak muda itu ke London bersama pensyarah mereka yang juga Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Prof. Abdul Latiff Ahmad dengan satu tekad.

Mereka mahu mengharumkan nama USM dan pastinya juga Malaysia.

Hal ini sebenarnya bukanlah perkara luar biasa. Tradisi pelajar berlainan etnik tinggal sebilik di asrama telah dilakukan seawal penubuhan universiti ini. Pendekatan desasiswa yang menggabungkan antara desa dengan kehidupan mahasiswa selama ini menjadi teras untuk proses perpaduan yang berjaya mengurangkan sebarang jurang yang mungkin ada. Bukan sahaja di kalangan kaum tetapi juga daerah dan negeri.

Malah dalam aktiviti akademik di dewan kuliah dan makmal mahu pun aktiviti berpersatuan, semangat 1Malaysia telah lama diterapkan. Apa yang merisaukan ialah apabila pandangan dari luar. Pihak inilah yang sering ‘mengusik’ dan menganggapnya sebagai satu masalah. Bagaimanapun sejak 40 tahun penubuhan USM, tidak pernah timbul hal-hal yang boleh menggugat semangat perpaduan.

Perhimpunan 1Siswa 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini yang menyaksikan sambutan cahaya dan persembahan pelbagai kaum serta sambutan kepulangan pelajar dari London itu meneruskan tradisi perpaduan yang kental di kalangan anak-anak muda, para mahasiswa mahu pun di kalangan ahli-ahli akademik.

Anak-anak muda itu telah menterjemahkan makna “Pencapaian Diutamakan” melalui usaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara. Mereka juga menyambut kemenangan itu dengan semangat 1Malaysia tanpa mengira etnik ataupun agama.

Sepatutnya semangat yang dibawa oleh anak-anak muda ini menjadi ikutan rakyat Malaysia. Terjemahkan erti perpaduan dengan penuh ikhlas.

apa yang mampu saya katakan adalah benar dari apa yang ditulis oleh penulis tentang rencana ini. saya melalui sendiri program perkampungan 1siswa 1malaysia..meskipun disebabkan kekangan masa yang dilalui untuk kami bersama-sama tapi atas semangat 1malaysia. 24 buah IPT di sekitar utara bersama-sama USM berkampung. kami tinggal sebilik dengan pelajar IPT lain, berkongsi pengalaman, pendapat untuk bersama-sama membangun negara. biarpun program ini berlangsung dalam masa yang singkat apa yang saya harapkan agar impaknya akan meninggalkan kesan yang lama kepada semua yang menyertai program Perkampungan 1siswa 1malaysia!! apapun saya ucapkan jutaan tahniah kepada USM kerana berjaya menjadi tuan rumah. ucapan tahniah dan terima kasih saya juga buat MT, Exco Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan (MPDFH) USM dan penghuni-penghuni Desasiswa Fajar Harapan yang telah membantu atau menyokong Perkampungan 1siswa 1malaysia..


salam tinta,

muhammad nur hapis abdullah

Yang Di-Pertua

Majlis Penghuni Desasiswa Fajar Harapan 09/10, USM

Wednesday, October 14, 2009

bak kata Tapa " awak tak boleh membenci saya sebab awak bukan lah diri saya"..huhuhu..penuh bermakna..

kepala celaru dengan benda yang penting dan yang tak penting.dah tahu tak penting kenapa nak difikirkan lagi.

ada kawan merapu
ada kawan celaru
aku merapu dan celaru

ada kawan suka saja
ada kawan duka semata

letak status di facebook
"jangan menyalahkan tasfirkan kebaikan yg diberi kpd anda, dan jgn melampaui batas bila keakraban didalam perhubungan..kerana nnt ia akan menyebabkan sesuatu perhubungan itu putus..sedarilah batas2 yg perlu ada..."
ramai mengangguk tanda setuju
rupanya aku bukan sendirian
cuma tak berani nak diluahkan

ada kawan cakap
"kalau kita letakkan jarak,jarak itu akan jadi penyelamat"
terlalu dekat-bahaya
terlalu jauh- merana
macam bawa kereta-terlalu dekat bila accident kita juga terkena
kalau terlalu jauh kita juga yang sesat
bawa kereta perlu dengan jarak yang selamat
bak kat iklan tv
"ingatlah orang yang tersayang"
walaupun tak rapat, tapi sayangnya ada

yang diam bukan tanda benci
bodohlah kalau ingat yang senyap semua dengki
habis yang bisu..penuh hasad...gitu?
yang kecoh bukan mesra
bodoh juga kalau ingat yang kecoh itu sayang gila vavi
habis yang mulut macam empty vessels tu kesayangan semua?
gitu?



ayah pesan
"kamu jangan angkat kawan kamu sebagai orang yang paling penting dalam hidup kamu"

"tapi ayah..kalau takde kawan, tak boleh buat assignments.."

"ayah lagi tahu la ngok"

tapi bila difikirkan
betul
kawan juga manusia
ada agenda sendiri
bukan boleh selalu sebulu
kalau famili, cukur bulu pun DNA masih sama
haih

"tapi ayah, assigments mana boleh buat dengan famili.."
hehe

jauh bukan bererti putus
dekat bukan bererti suka

oopsie: walaupun at times saya macam dork or weirdo, tapi saya sayang kawan saya.grouphug anyone?

Tuesday, October 13, 2009

Bencana penarafan universiti??

Bencana penarafan universiti?

TANGGAL 8 Oktober 2009, apabila keputusan penarafan THES-QS diumumkan, saya sedang berada di bandar Giessen, lebih kurang satu jam dari Frankfurt, untuk memenuhi undangan Persatuan Universiti-universiti Eropah (EUA) yang menjadi penaung utama semua universiti di benua tersebut.

Undangan ini sempena persidangan bertajuk "Pengantarabangsaan melewati sempadan Eropah" dan saya diminta memberi pandangan dari sudut luar Eropah sebagai seorang antara dua pengucaptama - seorang lagi adalah rakan Rektor, Berlin Free University, salah satu universiti tertua dan ternama di Jerman, malah Eropah.

Dewasa ini, e-mel bertalu-talu tiba mengesahkan "bencana" yang menimpa Malaysia. Jika Indonesia dengan gempa buminya, Filipina dengan banjir dan tanah runtuhnya, Samoa dengan tsunaminya dan Jepun banjirnya, bagi Malaysia pula menghadapai bencana gara-gara penarafan IPTAnya. Walaupun hanya beberapa buah IPTA sahaja yang terlibat, kesannya tidak kurang menggugat.

Media gamat dengan liputan berita tersebut. Anehnya hanya yang tersenarai sahaja yang dipertikaikan, sedangkan puluhan yang lain yang tidak langsung tersenarai (termasuk IPTS yang saban diiklan sebagai paling 'global' di akhbar-akhbar) nampaknya terselamat daripada bencana tersebut. Seolah-olah membayangkan lebih baik tidak tersenarai sama sekali daripada tersenarai.

Ini sahaja sudah cukup mengelirukan tentang apa cita rasa yang ingin diluahkan dalam hal ini? Kita belum lagi membincangkan tentang "cita rasa" penganjur THES-QS apabila beria-ia mendakwa penarafannya adalah tepat, bebas dan boleh dipercayai tanpa sebarang ragu-ragu lagi! Walaupun ada bukti sebaliknya! Apa pun kita mengangguk saja.

Sebagai perbandingan suasana di Giessen sewaktu persidangan tersebut cukup aman, biar ratusan rektor universiti Eropah dan benua lain, bersama dengan pegawai tertinggi universiti serta pelajar bersesak-sesak di dewan seminar Justus Liebig Universitat Giessen - sebuah IPTA berusia lebih 400 tahun.

Bandar Giessen merupakan bandar universiti dengan hampir 40 peratus penduduknya terdiri daripada warga universiti tersebut. Universitinya moden disulami tradisi ilmiah dan kesarjanaan yang kental.

Universiti itu juga tidak kurang mempunyai pusat kecemerlangan tersendiri di bawah Inisiatif Kecemerlangan Jerman yang dicontohi Malaysia di bawah Inisiatif APEX. Jelas, Justus Liebig Universitat cukup yakin dengan pencapaian dan jati dirinya.

Penarafan, lebih-lebih lagi oleh sebuah organisasi bertujuan komersial, tidak langsung dihiraukan. Mereka tidak juga apologetic - malah kalaupun ada pengajaran daripada aktiviti penarafan, ia dianggap tidak sesuai untuk dijadikan pengukur institusi pendidikan.

Sebaliknya sesebuah universiti itu mempunyai keperibadiannya tersendiri; wawasan serta keunikannya - selaras dengan kefahaman "pendidikan" (bukan sahaja pelajaran atau kajian) yang memegang amanah ilmu dan kesarjanaan.

Kepelbagaian adalah kekayaannya, dan lagi unik adunan kepelbagaian tersebut - lagi terbina keperibadian universiti berkenaan. Ia bukan kilang yang mengeluarkan barangan tidak bernyawa yang seragam dan diseragamkan supaya mudah dibanding-bandingkan untuk tujuan tertentu.

Ia bukannya seperti peraduan ratu cantik yang menaraf pemenangnya berpandukan formula utama 36-24-36 sebagai yang "ideal" dan semuanya dinilai mengikut sukatan ini; kemudian diberi penarafan 1, 2, 3 dan sebagainya. Wajarkah dua insan dibandingkan berdasarkan aspek luarannya sahaja dan bukan sifat keinsanannya?

Begitu juga hal dengan institusi bergelar "universiti" - lebih-lebih ukuran yang dikenakan lebih mirip kepada bahan perkilangan atau untuk peraduan ratu cantik, atau sebaliknya! Pokoknya asas dan pandangan dunia dan amanah sebuah universiti tulen tidak sama dengan pandangan dunia dan amanah sebuah organisasi bukan pendidikan. Namun inilah yang sering kali dicampuradukkan sehingga memusnahkan sama sekali maksud sesebuah universiti di mata ramai di samping mengusutkan lagi keadaan.

Yang turut mengkagumkan adalah rektor-rektor universiti Eropah yang menghadiri persidangan itu amat jelas tentang tanggungjawab mereka dalam membangunkan sebuah universiti. Autonomi berulang-ulang kali disebut untuk menyatakan kelainan sebuah universiti dengan organisasi lain, terutama yang berbentuk komersial, dan wujud untuk mengaut keuntungan.

Autonomi bagi mereka adalah benteng utama yang perlu dipertahankan dalam mengasuh dan mengangkat maruah sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi. Disini mereka tidak berkompromi sama sekali dan enggan dijadi seolah-olah kerbau dicucuk hidung, diarak-arak atau diarah-arah ke hulu dan ke hilir seadanya saja.

Saya mengandaikan yang persidangan tersebut akan gegak gempita membahaskan soal penarafan apabila dilihat dari perspektif pengantarabangsaan. Saya mengagakkan keputusan THES-QS dijadikan tanda aras mutlak, dan turut menimbulkan "bencana" di Giessen seperti mana di tanah air.

Ternyata saya tersilap sama sekali. Selama dua hari berikutnya isu penarafan tidak sekalipun disebutkan baik oleh para penceramah mahupun peserta. Apabila cuba dicukil pendapat mereka, rata-rata maklum balasnya cukup dingin - kalau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi "what about it?" (apa halnya?).

Dan bila dikatakan keputusan THES-QS sudah diumum, kelihatan mereka amat sinis dan jelek sekali, bagaikan menegur: "Siapa mereka ini untuk menjadikan universiti kami bak kerbau cucuk hidung?"

Umum tidak kisah langsung tentang isu tersebut kerana angka-angka penarafan bagi mereka tidak membawa erti apa-apa, kalaupun konsep penarafan boleh diterima. Malah seorang ada bertanya: "Bolehkah saya menaraf lima orang anak saya secara adil dan saksama? Apa lagi berbanding dengan anak orang lain?"

Natijahnya, dalam penarafan kita mesti ikut telunjuk orang lain yang mengadun segala-galanya. Umpama ratu cantik, kita juga perlu memperagakan diri, baik berbikini sekalipun, berlenggang lengguk, tersenyum tersipu-sipu untuk menawan pengadil dengan harapan untuk menjadi ratu!

Jika tidak agak sukar membayangkan apa-apa kejayaan. Apatah lagi turut diperhatikan dalam peraduan seumpama ini calon tuan rumah sering kali akan "menang" sesuatu kalaupun tidak hadiah pertama. Hal ini juga beransur lumrah dalam aktiviti penarafan di mana unsur-unsur penajaan dan sogokan (bagi sesetengah pihak dikatakan "rasuah") sudah mula menular.

Maka pernah universiti disyor mengiklankan nama dan logonya di laman web penaja dengan bayaran sekian banyak supaya lebih "mesra pelanggan" dan "mudah diperkenalkan" dan melonjakkan kedudukan. Malangnya tidak kurang juga yang terjebak dengan "tawaran" tersebut, umpama si ratu cantik meniduri pengadil, dengan harapan agar menang jua. Tidak kiralah jika maruah turut tergadai.

Banyak lagi yang boleh dipersoalkan berkaitan aspek etika dan keutuhan (sama ada cara langsung atau tidak), sekali gus membuka tembelang usaha penarafan khususnya yang berbentuk komersial. Cukup banyak telah ditulis tentang hal ini supaya jangan terperangkap sebagai Pak Turut saja!

Maka di Giessen saya menghela nafas lega! Lebih daripada itu, saya bertambah yakin yang universiti sememang ada maruah dan nilai sendiri dalam kelangsungan menunaikan tanggungjawab serta amanah tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa pun, apa lagi yang berkepentingan cukup sempit dan anti cendekiawan! Ataupun mencari sanjungan pintas.

Saya juga belajar yang maruah ini ada kaitannya dengan nilai keluhuran dan kejujuran berilmu dan bersarjana, sesuatu yang tak dapat ditolak ansur dalam apa hal sekalipun; jangan sebutlah memperjudikan etika!

Akhir sekali saya sedar kita tidak perlu apologetic sekiranya jati diri ingin diperkasa. Rupa-rupanya universiti yang istimewa itu adalah universiti yang mengerti semua ini dan terus mempertahankan prinsip keilmuan biar "bencana" apa sekali yang mendatang. Bak kata orang tua-tua: Membujur lalu, melintang patah! Pantang maut, sebelum ajal.

PROF. TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia


apabila membaca petikan rencana yang dikarangi oleh ayahanda tercinta, Prof Tan Sri.. hati ini tertiup semangat untuk melegasi USM di taraf APEX yang sebenar.. bagi pendapat saya tidak perlu kita berada di ranking terbaik sekalipun kalau anak bangsa di malaysia masih ramai yang ketinggalan dalam menongkah Modal Insan yang kita cari..bagi saya jangan kita terlalu bangga dengan sesuatu penarafan mahupun kedudukan kerana ia juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu kita pikul dalam memastikan dasar mahupun ASPIRASI negara kita dapat dicapai dengan jayanya..marilah kita bersama-sama tidak kira dari mana tempat belajar kita kerana kita 1SISWA dalam membantu negara melahirkan pemimpin masa hadapan!!!


salam 1Harapan 1Aspirasi ,

muhammad nur hapis

YDP MPDFH USM..

Saturday, October 3, 2009

Pertandingan Tilawah Al-Quran 09/10

Tahniah!!! buat peserta qariah Desasiswa Fajar Harapan di atas kemenangan anda menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran di Kampus Kejuruteraan USM. Dan tidak dilupakan juga buat peserta qari Desasiswa Fajar Harapan diatas pengorbanan anda untuk MPDFH 09/10,sesungguhnya pengorbanan itu adalah salah satu dari nilai teras APEX.. Peserta qari dan qariah Desasiswa Fajar Harapan adalah pelajar tahun pertama iaitu Mohd Sabri bin Ismail dan Rahmatiah Al-Faruqy bt. M. Sujuthi. Kemenangan anda adalah kebanggaan kami semua!!!



Thursday, October 1, 2009

SunGgUh bUsY

minggu yang busy..huhuhu..

29/9/09-meeting ngan YDP-YDP Desasiswa,

30/9/09-meeting MPDFH 09/10,

01/10/09-Jamuan Raya MPDFH 09/10,

02/10/09-meeting bersama Ketua Penolong Pendaftar HEPP untuk Program Perkampungan 1 siswa 1 Malaysia dan meeting bersama MPP,

03/10/09-Lestari Seni ISlam di Kampus Kejuruteraan USM,

04/10/09-Kursus MPD di Bukit Merah Laketown Resort...


Salam Aspirasi 1Siswa 1Malaysia,
YDP MPDFH 09/10