TaHaJJuD CiNtA

Sunday, January 17, 2010

tErAsiNg

Setelah lama menyepi, kini tangan ini kembali mencoret segala yang terbuku di hati. Apa yang disampaikan ini bukan untuk menyalahi sesiapa tetapi sebagai renungan bersama dalam meniti alam di universiti.

Pada awal semester dua ini, aku bersama-sama juniorku telah menghabiskan masa dengan berfoya-foya di Bukit Jambul Mall. Di BJ Mall, kami telah singgah di kedai buku POPULAR untuk melihat novel terkini. Dan hatiku telah tertarik dengan dua buah novel yang ada disitu iaitu “Terasing” dan “Sesejuk Maaf Di Kalbu”, aku pun apa lagi terus membeli tanpa berfikir panjang.

Apa yang ingin aku kongsikan adalah apa isi yang terdapat di dalam novel “Terasing” dengan kehidupan ku kini. Bukan ingin ku buka pekung di dada tapi sebagai panduan untuk kita munasahabah diri kita. Apa yang ku lihat kini, junior-junior kini kalau ditegur terus bermasam muka dengan senior dan membawa diri seperti mengasingkan diri. Bagi aku orang yang mengasingkan dirinya ini adalah orang yang melarikan diri dari masalah tidak berani menghadapi dugaan. Dengan cara dia mengasingkan diri ini akan merosakkan hubungan silaturrahim yang ada. Tidak sedikitpun membawa kebaikan bila dia mengasingkan diri, malah akan memburukkan lagi keadaan. Bila kita mengasingkan diri kita, sewaktu inilah “syaitan” akan menghampiri kita untuk menyesatkan kita, di mana kita telah hilang bimbingan.

Lagi satu, bagi aku seseorang perlu lah berani mengaku kesalahannya dan juga berani menghadapi kesalahannya. Janganlah melarikan diri dari kesalahan itu atau berpura-pura tidak tahu apa-apa. Bagi kau sampai bila “ko” mampu nak simpan rahsia “ko” tue. Sedangkan itu memang salah “ko”, dan jangan “ko” nak menjauhkan diri dari kami semua. Itu menunjukkan “ko” memang berSALAH. Jadi tolonglah mengaku KESALAHAN “ko”.

Dan ucapan TAHNIAH wat junior-junior yang meneruskan legasi batch aku yang mana mengikut “resmi padi semakin berisi semakin menunduk” moga kalian mampu menaikkan nama Desasiswa Harapan khususnya dan Universiti Sains Malaysia amnya. Hanya kalian harapan kami untuk meneruskan perjuangan kita. Di mana “perjuangan kita masih belum selesai” bersama-samalah kita mencapai ASPIRASI itu dalam “EVOLUSI MEMPERKASA PERJUANGAN”.

p/s: wat adik-adik jangan sesekali “mengasingkan” diri kerana ini akan menunjukkan kelemahan kita. Beranilah menempuh cabaran itu kerana ia akan mematang kan kita di alam universiti ini.


Salam tinta,
Muhammad Nur Hapis Abdullah

No comments:

Post a Comment