TaHaJJuD CiNtA

Tuesday, March 16, 2010

PeraLiHaN KuaSa...


Alhamdulillah..kini aku sedang merasai saat-saat perpindahan atau peralihan kuasa dalam MPDFH..biarpun tarikh pembubaran sebenar lambat lagi..tapi aku rasa tenang dan bahagia dalam peralihan kuasa yang akan berlaku secara tidak rasmi ini.. aku rasa bersyukur kerana bakal pengganti aku adalah orang yang mampu membuat sesuatu yang terbaik lebih dari aku.. peralihan kuasa ini amatlah menyenangkan kami semua di barisan MT MPDFH.. bagi kami kalian adalah calon yang layak menggantikan kami.. terima kasih kepada kalian kerana ingin meneruskan pucuk pimpinan ini.. untuk pengetahuan semua jangan terlalu awal membuat andaian calon-calon yang saya maksudkan adalah junior-junior yang ada dalam MPDFH.. kerana mereka semua mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri.. bagi saya semua junior yang ada layak untuk bertanding kerusi MT MPDH 10/11 pada sidang depan..

Walaupun ada lagi 3 minggu lagi pentadbiran saya dalam MPDFH 09/10, dengan ini saya ingin membuat ucapan awal buat orang yang sentiasa disisi saya sepanjang menerajui MPDFH 09/10.

Salam kemaafan..Dr. Yahya Mat Arip, Dr. Reevany Bustami, Dr. Nik Haslinda dan Dr. Rosenani (Pengurusan MPDFH),

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana memberi kepercayaan dalam menerajui MPDFH, dan terima kasih juga atas segala tunjuk ajar yang diberi selama ini.. saya memohon maaf kepada kalian andai sepanjang saya menguruskan MPDFH mengalami masalah dan menyusahkan kalian kerana saya masih lagi belajar dalam menguruskan pentadbiran.. terima kasih tidak terhingga juga kerana sentiasa berada disisi semua MT dan Exco MPDFH sepanjang kami memerlukan kalian.. terima kasih dan mohon maaf kepada ayahanda dan bonda MPDFH…

Salam Sayang..Nursyafawati Samsuddin, Nor Azlan Mat Isa, Noor Aiffa Adila, Halimaton Ahmad, Nur Zawani, Siti Noor Kasanabilah dan Faridah Noor.

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian kerana sudi bersama saya menerajui kepimpinan ini agar Desasiswa Harapan terus cemerlang.. dan mohon maaf andai diri ada mengguris hati kalian semua..

Syafa, maaf dipinta kerana mencuri masa syafa untuk bersama abg apit dalam meneruskan perjuangan ini.. maaf juga kerana MPDFH ,syafa sanggup berkorban segala-galanya..terima kasih syafa selama ini syafa sentiasa dibelakang abg apit dan memahami abg apit biarpun hubungan persahabatan kita diduga oleh pelbagai rintangan namun syafa tetap bersama abg apit dalam meneruskan kepimpinan ini. Doa abg apit agar hubungan yang terjalin antara kita akan terus berkekalan..

Abg lan, terima kasih juga yang tak terhingga kerana sudi berada disisi apit hingga ke saat peralihan kuasa kepimpinan ini.. walaupun abg lan dilanda pelbagai dugaan yang hebat namun abg lan masih setia berada disisi apit.. terima kasih juga kerana sentiasa menjadi pelindung apit.. maaf dipohon andai sepanjang kita bersama apit telah mengguris hati abg lan dalam kepimpinan ini..terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberi.. doa apit wat abg lan agar masalah yang dihadapi abg lan kini akan terlerai jua..

Halimaton, terima kasih jua kerana sudi menjadi setiausaha abg apit.. maton banyak membantu abg apit dalam menyelesaikan masalah MPD mahupun peribadi terimakasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia.. walaupun kita pernah melalui ujian yang getir dalam persahabatan kita namun maton tetap setia disis membantu..terima kasih maton.. abg apit menyusun sepuluh jari memohon keampunan andai kata-kata mahupun perbuatan abg apit pernah menyakiti maton..

Buat rakan-rakan seperjuangan, Tapa,Kak Ruhai, Sapik (sang mantan MPDFH 08/09), Miera, Ika, Zana, Kak Zah, Kak Sriminangwati dan Along aka Murshidan…

Terima kasih kepada kalian semua diatas kepercayaan yang kalian beri kepada diri ini dalam mentadbir MPDFH..terima kasih juga kepada kalian diatas sokongan kalian kepada diri ini dan juga MPDFH sepanjang sidang ini.. mohon maaf andai diri ini ada membuat salah sepanjang mentadbir, dan maaf juga kerana tidak mempunyai masa bersama kalian..maaf juga diminta di atas kekurangan yang berlaku dalam memimpin MPDFH..

Buat semua Exco MPDFH 09/10 yang disayangai..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kalian semua diatas segala kejayaan yang telah kalian raih untuk MPDFH 09/10, (Juara Sorakan dan Motto PPSL 09/10, Pasukan terbaik Liga PADU 2010, Tempat ke-3 Qariah Pert.Tilawah Al-Quran, Juara DPNC 09/10, Program Semaian Lestari Kasih dan lain-lain). Sesungguhnya segala keringat dan tanggungjawab yang kalian lakukan hanya tuhan sahaja yang dapat membalas.. terima kasih diucapkan kepada kalian kerana sanggup bersama MPDFH dalam mengharungi manis dan pahit bagi mencapai ASPIRASI MPDFH 09/10. Sejuta kemaafan kupohon kepada kalian kerana diri ini sering membuat kalian terluka, sesungguhnya diri ini masih belajar dalam memimpin. Salam kekhilafan wat kalian, maafkan lah diri ini seikhlas yang mampu..


p/s : mohon maaf yang tidak terhingga diri ini yakin tidak semua perkara yang saya dapat penuhi dan selesaikan..wat orang berkenaan maaf dipinta kerana diri ini tidak dapat melepasi harapan yang di minta dalam mentadbir dan kekurangan yang berlaku..

*MPDH (Majlis Penghuni Desasiswa Harapan) bermula pada sidang hadapan..

Sang bakal Mantan…

Muhammad Nur Hapis Abdullah

No comments:

Post a Comment