TaHaJJuD CiNtA

Thursday, April 22, 2010

Persahabatan atau Percintaan???




orang cakap persahabatan tue macam percintaan??? kadang-kadang aku pun terfikir jugak..
adakah manis persahabatan sama dengan manis percintaan??
adakah sakitnya perpisahan persahabatan sama dengan sakitnya kita ditinggalkan kekasih??
ermm..bagi setiap orang ada pandangannya tersendiri..

bagi aku, manis dan sakitnya dalam persahabatan adalah lebih mendalam berbanding dengan percintaan.. kenapa aku berkata begitu kerana aku pernah melalui kedua-duanya..

manisnya lagi persahabatan berbanding dengan percintaan, kerana dalam persahabatan itu, sahabat kita sanggup lakukan apa sahaja demi kita.. aku cakapkan begitu kerana sahabat tidak pernah menipu sahabatnya demi melihat kebahagiaan dan kejayaan sahabatnya.. aku melihat sendiri kekuataan persahabatan di usm, Ika dan Miera tidak sesekali jemu menasihat sahabatnya, Zana dalam melihat kebahagiaan dan kejayaan sahabatnya itu..tetapi kekasih menipu kekasihnya demi kebahagiaan dirinya sendiri..

persahabatan juga bagi aku adalah umpama keluarga, bagi aku kekuatan persahabatan yang ada antara aku dan sahabat-sahabatku tak pernah putus walaupun ombak dan badai datang melanda.. Tapa, Sapik, Zana, Miera, Ika, Kerol, Ann, Iqlima, Ayu, Mat Pet aka Abd Rahman, Along aka Murshidan, Nor Azlan aka Abg Lan, mereka semua merupakan keluarga di USM ini..terima kasih atas bantuan n teguran kalian.. kenapa aku katakan persahabatan umpama keluarga kerana sekiranya diantara kami mempunyai masalah masing-masing akan membantu umpama keluarga..

manisnya persahabatan lagi..bagi aku adalah melihat kejayaan sahabat umpama melihat kejayaan kita sendiri.. aku bangga melihat sahabat-sahabatku berjaya.. Tapa berjaya menjadi seorang pegawai penyelidik usm.. Sapik merupakan mantan YDP MPDFH 08/09 yang disegani dan dikenang.. Miera pun begitu menjadi seorang mantan NYDP MPDFH 07/08 yang sering dikenang kerana keletah n keramahannya.. Kerol pula seorang mantan YDP PERDAMA 07/08 dan juga sekarang sebagai seorang Pen.Pengarah BTN di Pahang.. dan Ann pula mantan Setiausaha Agung MPDFH 07/08 yang berdedikasi..sesungguh kejayaan sahabatku ini menjadi inspirasi kepada kami yang masih meneruskan perjuangan di bumi minden ini.

manis persahabatan adalah dalam persahabatan itu sahabatnya tidak mudah lupakan sahabatnya bila berjaya..tetapi dalam percintaan kekasih akan mula lupakan kekasihnya bila berada di puncak.. persahabatan kami di usm tak pernah lupus antara satu sama lain..kami semua saling berhubung antara satu sama lain..

bagi aku persahabatan adalah lebih manis berbanding percintaan.. kalau diberi peluang untuk aku memilih percintaan dengan persahabatan?? aku akan pilih persahabatan.. kerana persahabatan tiada tolok bandingnya dan tidak mudah dicari ganti..

p/s : buat semua sahabat-sahabatku, sesungguhnya aku rindu saat kita bersama-sama di bumi minden ini...









1 comment:

  1. hahaha...sayang kuat2 ko hehe...ooo gambo aku yang terlast x..aci...

    ReplyDelete