TaHaJJuD CiNtA

Thursday, April 22, 2010

Persahabatan atau Percintaan???




orang cakap persahabatan tue macam percintaan??? kadang-kadang aku pun terfikir jugak..
adakah manis persahabatan sama dengan manis percintaan??
adakah sakitnya perpisahan persahabatan sama dengan sakitnya kita ditinggalkan kekasih??
ermm..bagi setiap orang ada pandangannya tersendiri..

bagi aku, manis dan sakitnya dalam persahabatan adalah lebih mendalam berbanding dengan percintaan.. kenapa aku berkata begitu kerana aku pernah melalui kedua-duanya..

manisnya lagi persahabatan berbanding dengan percintaan, kerana dalam persahabatan itu, sahabat kita sanggup lakukan apa sahaja demi kita.. aku cakapkan begitu kerana sahabat tidak pernah menipu sahabatnya demi melihat kebahagiaan dan kejayaan sahabatnya.. aku melihat sendiri kekuataan persahabatan di usm, Ika dan Miera tidak sesekali jemu menasihat sahabatnya, Zana dalam melihat kebahagiaan dan kejayaan sahabatnya itu..tetapi kekasih menipu kekasihnya demi kebahagiaan dirinya sendiri..

persahabatan juga bagi aku adalah umpama keluarga, bagi aku kekuatan persahabatan yang ada antara aku dan sahabat-sahabatku tak pernah putus walaupun ombak dan badai datang melanda.. Tapa, Sapik, Zana, Miera, Ika, Kerol, Ann, Iqlima, Ayu, Mat Pet aka Abd Rahman, Along aka Murshidan, Nor Azlan aka Abg Lan, mereka semua merupakan keluarga di USM ini..terima kasih atas bantuan n teguran kalian.. kenapa aku katakan persahabatan umpama keluarga kerana sekiranya diantara kami mempunyai masalah masing-masing akan membantu umpama keluarga..

manisnya persahabatan lagi..bagi aku adalah melihat kejayaan sahabat umpama melihat kejayaan kita sendiri.. aku bangga melihat sahabat-sahabatku berjaya.. Tapa berjaya menjadi seorang pegawai penyelidik usm.. Sapik merupakan mantan YDP MPDFH 08/09 yang disegani dan dikenang.. Miera pun begitu menjadi seorang mantan NYDP MPDFH 07/08 yang sering dikenang kerana keletah n keramahannya.. Kerol pula seorang mantan YDP PERDAMA 07/08 dan juga sekarang sebagai seorang Pen.Pengarah BTN di Pahang.. dan Ann pula mantan Setiausaha Agung MPDFH 07/08 yang berdedikasi..sesungguh kejayaan sahabatku ini menjadi inspirasi kepada kami yang masih meneruskan perjuangan di bumi minden ini.

manis persahabatan adalah dalam persahabatan itu sahabatnya tidak mudah lupakan sahabatnya bila berjaya..tetapi dalam percintaan kekasih akan mula lupakan kekasihnya bila berada di puncak.. persahabatan kami di usm tak pernah lupus antara satu sama lain..kami semua saling berhubung antara satu sama lain..

bagi aku persahabatan adalah lebih manis berbanding percintaan.. kalau diberi peluang untuk aku memilih percintaan dengan persahabatan?? aku akan pilih persahabatan.. kerana persahabatan tiada tolok bandingnya dan tidak mudah dicari ganti..

p/s : buat semua sahabat-sahabatku, sesungguhnya aku rindu saat kita bersama-sama di bumi minden ini...









Sunday, April 4, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009


Sekalung Tahniah kepada semua pemenang, kebanyakan keputusan diluar jangkaan..huhuhu.. buat huda, harap bersabar maybe Faizal Tahir akan menang ABPBH pd tahun hadapan..hikhik..

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang ABPBH 2009...

1)
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj. Nawawi


2) Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana

3) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail (Hot.FM)

4) Penyampai Radio Wanita Popular - Farah Fauzana (Hot.FM)

5) Penyanyi Duo / Kumpulan Popular - Bunkface

6) Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil

7) Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah

8) Artis Baru Lelaki Popular - Black

9) Artis Baru Wanita Popular - Yuna

10) Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

11) Pelakon TV Wanita Popular - Tiz Zaqyah

12) Artis Nasyid Popular - Rabbani

13) Penyanyi Lelaki Popular - Aizat

14) Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza

15) Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar

16) Pelakon Filem Wanita Popular - Liyana Jasmay

*** Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Khatijah Ibrahim

*** Anugerah Bintang Paling Popular 2009 - Datuk Siti Nurhaliza

salam keikhlasan,
muhammad nur hapis

Thursday, March 18, 2010

AmArAh


Video nie best giler.. tahniah!! Dato' Siti..

Tuesday, March 16, 2010

PeraLiHaN KuaSa...


Alhamdulillah..kini aku sedang merasai saat-saat perpindahan atau peralihan kuasa dalam MPDFH..biarpun tarikh pembubaran sebenar lambat lagi..tapi aku rasa tenang dan bahagia dalam peralihan kuasa yang akan berlaku secara tidak rasmi ini.. aku rasa bersyukur kerana bakal pengganti aku adalah orang yang mampu membuat sesuatu yang terbaik lebih dari aku.. peralihan kuasa ini amatlah menyenangkan kami semua di barisan MT MPDFH.. bagi kami kalian adalah calon yang layak menggantikan kami.. terima kasih kepada kalian kerana ingin meneruskan pucuk pimpinan ini.. untuk pengetahuan semua jangan terlalu awal membuat andaian calon-calon yang saya maksudkan adalah junior-junior yang ada dalam MPDFH.. kerana mereka semua mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tersendiri.. bagi saya semua junior yang ada layak untuk bertanding kerusi MT MPDH 10/11 pada sidang depan..

Walaupun ada lagi 3 minggu lagi pentadbiran saya dalam MPDFH 09/10, dengan ini saya ingin membuat ucapan awal buat orang yang sentiasa disisi saya sepanjang menerajui MPDFH 09/10.

Salam kemaafan..Dr. Yahya Mat Arip, Dr. Reevany Bustami, Dr. Nik Haslinda dan Dr. Rosenani (Pengurusan MPDFH),

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian kerana memberi kepercayaan dalam menerajui MPDFH, dan terima kasih juga atas segala tunjuk ajar yang diberi selama ini.. saya memohon maaf kepada kalian andai sepanjang saya menguruskan MPDFH mengalami masalah dan menyusahkan kalian kerana saya masih lagi belajar dalam menguruskan pentadbiran.. terima kasih tidak terhingga juga kerana sentiasa berada disisi semua MT dan Exco MPDFH sepanjang kami memerlukan kalian.. terima kasih dan mohon maaf kepada ayahanda dan bonda MPDFH…

Salam Sayang..Nursyafawati Samsuddin, Nor Azlan Mat Isa, Noor Aiffa Adila, Halimaton Ahmad, Nur Zawani, Siti Noor Kasanabilah dan Faridah Noor.

Saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian kerana sudi bersama saya menerajui kepimpinan ini agar Desasiswa Harapan terus cemerlang.. dan mohon maaf andai diri ada mengguris hati kalian semua..

Syafa, maaf dipinta kerana mencuri masa syafa untuk bersama abg apit dalam meneruskan perjuangan ini.. maaf juga kerana MPDFH ,syafa sanggup berkorban segala-galanya..terima kasih syafa selama ini syafa sentiasa dibelakang abg apit dan memahami abg apit biarpun hubungan persahabatan kita diduga oleh pelbagai rintangan namun syafa tetap bersama abg apit dalam meneruskan kepimpinan ini. Doa abg apit agar hubungan yang terjalin antara kita akan terus berkekalan..

Abg lan, terima kasih juga yang tak terhingga kerana sudi berada disisi apit hingga ke saat peralihan kuasa kepimpinan ini.. walaupun abg lan dilanda pelbagai dugaan yang hebat namun abg lan masih setia berada disisi apit.. terima kasih juga kerana sentiasa menjadi pelindung apit.. maaf dipohon andai sepanjang kita bersama apit telah mengguris hati abg lan dalam kepimpinan ini..terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberi.. doa apit wat abg lan agar masalah yang dihadapi abg lan kini akan terlerai jua..

Halimaton, terima kasih jua kerana sudi menjadi setiausaha abg apit.. maton banyak membantu abg apit dalam menyelesaikan masalah MPD mahupun peribadi terimakasih kerana sudi menjadi pendengar yang setia.. walaupun kita pernah melalui ujian yang getir dalam persahabatan kita namun maton tetap setia disis membantu..terima kasih maton.. abg apit menyusun sepuluh jari memohon keampunan andai kata-kata mahupun perbuatan abg apit pernah menyakiti maton..

Buat rakan-rakan seperjuangan, Tapa,Kak Ruhai, Sapik (sang mantan MPDFH 08/09), Miera, Ika, Zana, Kak Zah, Kak Sriminangwati dan Along aka Murshidan…

Terima kasih kepada kalian semua diatas kepercayaan yang kalian beri kepada diri ini dalam mentadbir MPDFH..terima kasih juga kepada kalian diatas sokongan kalian kepada diri ini dan juga MPDFH sepanjang sidang ini.. mohon maaf andai diri ini ada membuat salah sepanjang mentadbir, dan maaf juga kerana tidak mempunyai masa bersama kalian..maaf juga diminta di atas kekurangan yang berlaku dalam memimpin MPDFH..

Buat semua Exco MPDFH 09/10 yang disayangai..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kalian semua diatas segala kejayaan yang telah kalian raih untuk MPDFH 09/10, (Juara Sorakan dan Motto PPSL 09/10, Pasukan terbaik Liga PADU 2010, Tempat ke-3 Qariah Pert.Tilawah Al-Quran, Juara DPNC 09/10, Program Semaian Lestari Kasih dan lain-lain). Sesungguhnya segala keringat dan tanggungjawab yang kalian lakukan hanya tuhan sahaja yang dapat membalas.. terima kasih diucapkan kepada kalian kerana sanggup bersama MPDFH dalam mengharungi manis dan pahit bagi mencapai ASPIRASI MPDFH 09/10. Sejuta kemaafan kupohon kepada kalian kerana diri ini sering membuat kalian terluka, sesungguhnya diri ini masih belajar dalam memimpin. Salam kekhilafan wat kalian, maafkan lah diri ini seikhlas yang mampu..


p/s : mohon maaf yang tidak terhingga diri ini yakin tidak semua perkara yang saya dapat penuhi dan selesaikan..wat orang berkenaan maaf dipinta kerana diri ini tidak dapat melepasi harapan yang di minta dalam mentadbir dan kekurangan yang berlaku..

*MPDH (Majlis Penghuni Desasiswa Harapan) bermula pada sidang hadapan..

Sang bakal Mantan…

Muhammad Nur Hapis Abdullah

Wednesday, March 10, 2010

TaHniaH PaSuKaN DeBaT FajAr HaRaPaN..


kemenangan yang tidak dijangkakan..tahniah semua!!


pusingan kedua...


aksi-aksi kecomelan penyokong


aksi-aksi comel pendebat fajar harapan



Pertandingan akhir di Dewan Budaya,USM


Tahniah kepada team Debat Fajar Harapan atas kejayaan merangkul JOHAN Debat Piala Naib Canselor (DPNC 09/10) !!!


Sekalung tahniah kepada pendebat iaitu Nur Diyana, Mahfuzah Malek, Mohd.Hazri, Nor Azlan dan Dahrani Chandran...

Tahniah juga kepada team researcher iaitu Nurulhuda, Farah Asmaq, Izwan Ali Imran, Rafiq, Kasanabilah dan Rahmatiah Al-Faruqy yang bersengkang mata mencari maklumat untuk perdebatan...

Tahniah juga kepada penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan supaya Piala DPNC kembali ke Desasiswa Fajar Harapan...

Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada Penggawa, Dr. Yahya Mat Arip. Penolong Penggawa, Dr Nik Haslinda dan Dr. Reevany dan felo Dr. Rosenani...

Tahniah dan Terima Kasih kepada semua!!!!!!!!!!

Friday, March 5, 2010

SaRaNgHeYo atau JoHaHeYo?????

sarang heyo atau joha heyo ??? aku pening memikirkan.. aku sendiri pun tak paham perasan aku terhadapnya.. kejap-kejap hati ini mengatakan sarang heyo padanya..dan kadang-kadang hati ini berkata joha heyo.. namun apa yang mampu merungkai kan persoalan ini adalah hatiku dan hatimu.. kasih, ku mohon kau fahami hati ini juga agar aku tidak terkeliru dalam memilih dan membuat keputusan.. kita bersama meniti puncak menara yang di bina..

kasih, ku mohon juga berada disampingku selamanya sama ada aku sarang atau joha terhadap dirimu.. aku inginkan semangatmu terus berada di sisiku dalam menempuh ranjau kehidupan..

kasih, ku kalungkan ayat ini untuk dirimu, agar kita sama-sama menghayati..

"without a word, you made me know love..without a word,you gave me your love...without a word, love left me..without a word, love tossed me aside..because you come without word..."


kasih, ku pohon kita kekal bersama...




muhammad nur hapis(",)

Tuesday, March 2, 2010

PeRluKaH????

PERLUKAH???

Menitis airmataku hilangnya sahabat sejati
Yang nian dikau pun merindu persahabatan abadi
Setiap detik teringat kan dikau..
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan
Perlukah engkau melupakan ku
Perlukah ada rasa kesangsian
Perlukah ada rasa rindu..

p/s : inilah perasaan yg kurasakan di saat ini..ku inginkan die yang dulu..ku inginkan persahabatan yg terjalin di antara kami akan terus mekar..bukannya kian layu..

* maaf ku pohon buat semua yang telah ku lukakan hati mereka pada hari ini.. pinta ku paham lah diri ini.. aku bukannya batu, kayu yang dijadikan perhiasan di laman.. kalau kalian tidak suka pada diri ini, khabarkan jangan lah memendam, ku akui memang diri ini telah menyakiti hati kalian.. lepaskan lah diri ini dari seksaan kalian.. diri ini tak mampu lagi menghadapi dugaan dalam persahabatan,, diri ini tak sanggup lagi membayar harga yang perlu aku tampung dalam menerajui kepimpinan.. andai diri ini diberi pilihan antara persahabatan dan kepimpinan??? diri ini lebih rela memilih persahabatan yang ada.. biarlah kepimpinan itu pergi, kerana kepimpinan mampu membuat seseorang pemimpin itu tinggal sendirian dengan kepimpinannya...


muhammad nur hapis abdullah