TaHaJJuD CiNtA

Monday, July 12, 2010

TaHniaH PPSL InDaH KeMbArA

PPSL IK
karya pelajar baharu wat PPSL IK
kenangan bersama semua pelajar baharu IK

Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI..1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..


Sepanjang aku berada di bumi minden ini, kali pertama dalam sejarah PPSL dan juga mungkin dalam sejarah PPMS iaitu pelajar-pelajar baharu meraikan perkenalan mahupun ukhuwah antara pelajar baharu dan PPSL.. aku berasa kagum dengan PPSL Indah Kembara kerana pelajar baharu telah mengadakan satu majlis khas untuk menhghargai mereka semua yang telah berjasa kepada pelajar-pelajar baharu di USM.. Tahniah buat semua PPSL IK, anda menjadi kebanggaan semua PPSL dan USM.

Teruskan perjuangan ini..!! Salam ASPIRASI menjunjung TRANSFORMASI!!!

Friday, July 9, 2010

Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL)

Assalammualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI..1 Siswa 1 Malaysia 1 Aspirasi..

Tahun ini masuk kali ke-2 aku menjadi PPSL (Pembimbing Program Siswa Lestari)..kali ini aku jadi PPSL berbeza dari sebelum ini kerana tanggungjawab yang aku pikul terlalu besar berbanding fizikal diri ini.. apapun aku cuba membuat yang terbaik untuk semua..

kali ini kursus persediaan PPSL diadakan di Kem BTN Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak..pengalaman yang menarik masa kursus adalah kali ini fasi-fasi kami adalah senior-senior PPMS (Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal).. mereka lah yang menyambut kami masa kami 1st year dahulu.. tunjuk ajar dari Kak Zah (Penghulunita Fajar Harapan 06/07) amat berharga buat diri ini.. tanpa beliau tak akan aku dapat berdiri hingga ke saat akhir ini.. masa di kem ini kami diberi latihan fizikal dan mental yang mantap agar kami dapat melalui keadaan sebenar masa Program Siswa Lestari dengan kuat.. kami dibawa meredah hutan di waktu hening pagi, memasak didalam hutan dan berbagai lagi.. bagi aku semua itu pengalaman yang tak akan aku lupakan..

kali ini bertugas sebagai PPSL tanpa kehadiran orang yang banyak memberi semangat disisi iaitu Murshidan aka Along, Mustapa Hamidin, Shafiq Saiddon dan Humaira Omar.. hati ini sedih sangat.. sebab hanya mereka sahaja yang memahami diri ini dan tanpa mereka juga aku tak akan pergi sejauh ini di bumi minden ini.. apapun terima kasih sesangat buat semua geng-geng Induk yang menceriakan diri ini.. terima kasih bebanyak buat Zana, Bazilah, Shafiq Aziz, Mai, Izwan Ali Imran, Hafiz DTSP, Jun IS, Nik Hussein (adik angkat ku di Kg. Sg. Burung), Hazim, Chin Soon, Farah Hain PTPTN dan yang lain lagi.. banyak pengalaman baru yang aku belajar sepanjang menguruskan INduk, penat sangat sebab kami merupakan peringkat perancangan.. tak semua orang memahami tanggungjawab kami di Induk.. apapun kami semua kena tenang menghadapi kritikan..terima kasih kepada semua yang mengkritik kerana kritikan anda akan menjadi kami berusaha dengan lebih baik..

kami semua di Induk memohon maaf kepada semua PPSL USM andai percakapan, nasihat mahupun perbuatan kami meninbulkan sakit hati atau mengguris hati kamu semua.. jangan lah kerana kesalahan kecil kami ini ukhuwah antara kita terputus..sesungguhnya ukhuwah yang terjalin selama ini adalah satu ukhuwah yang mulia di sisi-NYA..

Salam ASPIRASI Menjunjung TRANSFORMASI...!!!

Thursday, June 3, 2010

TaHaJJuD CiNtA


Kau Datang Ketika Duka
Dan Bintang Bercahya
Tunjuk Ku Ke Jalan Syurga...

Ku Haus Di Tengah Laut
Lemas Mencari Tempat Berpaut
Kirimkan Aku Kekuatan
Peta Pedoman Di Kesesatan...

Ku Sunyi Dalam Gembira
Perit Pedih Tanggung Derita
Sungguh Aku Bukan Wali
Yang Suci Dari Hina Dan Benci...

Terlalu Lama Aku Mencuba
Terlalu Banyak Cinta Yang Ku Damba
Tiada Yang Sempurna Hanyalah Fana
Tuhan Ampuni Hambamu...

Ku Rebah Di Dada Malam
Memecah Dendam Yang Lama Diam
Ku Tanggalkan Baju Dunia
Dakap Ku Dengan Selimut Syurga...

Ya Tuhanku Hanya Padamu
Tempat Mengadu Segala Rindu
Limpahi Ku Rahmat Kasih Mu
Dalam Tahajjud Cinta Bersujud...

Friday, May 7, 2010

kHaS BuAt aDiK-aDiK Ku..

Farah asmaq "chubby"
Fida dh mcm "mak tiri" kalau marah orang
izwan yang kuat merajuk
ehsan perasan "ensem"
Nik Anas yg perasan "macho"
aqwa yang kuat menangis
syida yang kuat bersukan
Mai yang rajin beriadah..
kasa yang pandai bermadah..
huda yang suka "pijak orang"
jejaka yang menjadi pujaan ramai, Abuzar
Idzuan yang penuh dengan kemisterian..


sedih rasa hati ini..mereka dah balik kampung tapi tidak sempat berbual panjang.. walaupun mereka bukanlah "adik kesayangan/ exco kesayangan/ junior kesayangan " aku tapi kerana MPDFH 09/10 ini kami bertemu.. dan kenangan yang ada akan aku simpan di hati.. alhamdulillah pergorbanan yang aku lakukan penuh dgn kmanisan pertemuan bsama mereka..walaupun pahit yang kurasa lebih banyak berbanding kemanisan.. tapi kemanisan yang mereka beri ini lebih bernilai dan mampu menutup segala kepahitan di hati ini..

buat Idzuan "J", Huda, Kasa, Mai, Fida, Aqwa, Izwan "A", Ehsan, Abuzar, Nik Anas, Syida, Farah Asmaq..
adik-adik hayatilah lirik lagu nie dengan hati yang terbuka kisah kita ada disini untuk masa depan kita..

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahagia
Di mana nilai setia
Di manakah puncak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah yang lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buatmu adik

Yang dulu usah dirindu
Hilangkanlah dari hatimu
Doaku buatmu adik

abg apit mendoakan kejayaan kalian di masa hadapan.. terima kasih atas segala kenangan yang kalian beri..abg apit rasa tak sia-sia abg apit berkorban untuk menjadi YDP MPDFH 09/10.. walaupun pelbagai perkara pahit yang abg apit lalui sepanjang mempimpin MPDFH 09/10 tapi kemanisan tetap abg apit rasa dari kalian..
abg apit bersyukur ke hadrat ilahi kerana ditemukan kita.. memang benar ckp org selama ini.."melihat kebahagiaan orang lain akan menyebabkan kita lebih bahagia dari mementingkan kebahagian diri sendiri"

biarpun abg apit tak selalu dapat bersama dengan sahabat-sahabat abg apit, korban kan hobi, korbankan minat, korbankan masa dan segala-galanya namun abg apit tetap gembira kerana diberikan yang terindah dari kalian disebabkan pertemuan ini..

abg apit memohon maaf pada kalian andai diri ini ada terkasar bahasa yang telah menyakitkan hati kalian, tercubit, tertampar, terpukul, tertendang dan tergeget..hikhik.. dan abg apit jugak mintak maaf andai diri ini telah menentukan atau mengatur hidup kalian sepanjang kita bertemu..kalau ada jodoh dan di izinkan olehNYA kita akan bertemu lagi..

salam sayang dan kekhilafan..
muhammad nur hapis abdullah aka pawana berdarah

Friday, April 30, 2010

JaSaMu DiKeNaNg Dr.YaHyA


"Tiada sejarah yang mampu memberi keabadian dalam kehidupan melainkan kenangan bersama mengharungi segalanya..."


Terima kasih yang tidak terhingga buat Ayahanda tercinta di Desasiswa Fajar Harapan iaitu Dr.Yahya Mat Arip.. beliau mula menjadi Penggawa Desasiswa Fajar Harapan pada 2004 hingga April 2010..sepanjang 4tahun saya bersama Dr.Yahya di MPD Fajar Harapan, Dr.Yahya seorang yang amat memahami pelajar dan penghuni desasiswa Fajar Harapan..Dr.Yahya boleh dikatakan seperti seorang pemimpin yang mesra..bagi saya persaraan beliau merupakan kehilangan besar buat MPDFH dan juga Majlis Penggawa..sepanjang beliau menjawat Pengerusi Majlis Penggawa, beliau seorang yang amat berdedikasi..

Buat Dr.Yahya,
Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membantu saya dalam belajar cara memimpin di MPDFH..saya memohon maaf sepanjang saya bersama-sama Dr.Yahya memimpin MPDFh ada kekurangan..saya doakan Dr.Yahya akan terus berjaya dengan setiap langkah yang diambil..dan moga bahagia disampin isteri tercinta dan keluarga tersayang..

Saturday, April 24, 2010

KaU KeKaSiHKu


Indah dimata indah dijiwa yang berahi
Bagaikan direnda
Terpesona penuh asyik diri ku dibelai
Sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia... kau kekasih ku...

Pecahan ombak
Yang menyentuh pipi ini
Pedih... duri
Dan ku sapu
Kerna kabur... tarian cintamu

Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan

Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... aku pergi...
Kekasihku...

Seiring camar pulang... setia pada janji
Itu doa ku selama ini...

Dari mata
Dari jiwa yang berahi makin ku mengerti
Istilah percintaan ini
Moga nanti... ada seru menyatakan
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...


p/s : Kasihku, setelah hampir 1 tahun kita berpisah , hanya aku yang masih mengenangkanmu dan memujamu.. aku rindu saat kita bersama dulu.. kerana atas tanggungjawab masing-masing membawa haluan sendiri.. tapi sampai bila kita harus berteka-teki dalam mencari pengertian PERCINTAAN ini..

aku harap kita jelas dalam membawa haluan masing-masing.. aku doakan KAU bahagia dab berjaya dengan jalan yang akan KAU akan lalui nanti.. jangan lah KAU putuskan hubungan yang telah lama terjalin ini..

salam sayangku untuk mu..sarang heyo!!! (",)

Friday, April 23, 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR wat KaLiaN




SeLaMaT HaRi LaHiR

Kak Sriminangwatie

&

Adik Wanie

saya doakan kalian berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. sayang korunk..hikhik..=)